CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1957|Reply: 0

[Sabah] Kerjasama rentas kementerian dan parti antara platform terbaik bantu rakyat

[Copy link]
Post time 6-3-2024 07:29 PM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Ewon merakamkan gambar kenangan semasa Sesi Libat Urus Kolaborasi terbabit.

KOTA KINABALU: Kerjasama rentas kementerian dan parti antara platform terbaik untuk menyampaikan maklumat  berkaitan fungsi, dasar, peranan, inisiatif dan program kementerian kepada rakyat peringkat akar umbi.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, kolaborasi antara kementeriannya dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan diteruskan untuk manfaat rakyat secara keseluruhannya.

“Kerjasama melibatkan dua pemimpin parti ini juga adalah mesej kepada rakyat bahawa kolaborasi merentasi parti dan kementerian untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat boleh dilaksanakan.

“Pimpinan kementerian dan parti boleh bekerjasama menggunakan kekuatan di kementerian masing-masing demi rakyat Sabah yang selama ini mengharapkan tentang keperluan pembangunan keusahawanan dan keperluan pembangunan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Sesi Libat Urus Kolaborasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan KPKM, di Hotel Promenade, di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Keusahawanan KUSKOP Datuk Zamri Salleh.

Ewon berkata, jentera parti juga perlu terlibat dalam penyampaian maklumat kementerian kepada masyarakat akar umbi.

“Sebab itu saya mencadangkan kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Kurup untuk memulakan kerjasama ini sebaik sahaja Kerajaan Perpaduan Madani ditubuhkan dan kita teruskan sehingga hari ini,” katanya.

Ewon berkata, kerjasama seumpama itu boleh memberikan ruang yang lebih luas kepada rakyat dalam menikmati apa yang disediakan oleh kedua-dua kementerian.

“Saya yakin ini adalah satu bentuk kerjasama yang boleh membuka ruang kepada rakyat untuk menikmati hasil penglibatan kami di kementerian masing-masing.

“Dengan melibatkan kedua-dua pimpinan tertinggi parti, pergerakan-pergerakan (Pemuda, Wanita dan Belia) boleh menjadi jentera penyampai maklumat kementerian kepada rakyat akar umbi di kawasan masing-masing.

“Ada yang mengatakan kerjasama mahu diteruskan tetapi saya mengharapkan lebih daripada itu dan sebagai Presiden UPKO, kerjasama itu perlu terjemahan dengan jelas agar rakyat betul-betul dapat merasainya,” katanya.

Sementara itu Arthur menyatakan keyakinannya bahawa kerjasama antara KUSKOP dan KPKM dapat diteruskan.

“Saya yakin ini bukan penghujungnya tetapi akan menjadi satu titik permulaan kepada lebih banyak lagi usaha yang kita akan lipatgandakan bersama untuk membawa balik kepada rakyat Sabah.

“Kami sama-sama berbincang bagaimana menggunakan platform yang ada untuk  membantu rakyat Sabah khususnya yang kami wakili,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama itu dimulakan sejak tahun lalu apabila Ewon melawat kawasan Pensiangan dan membantu usahawan di kawasan itu.

“Saya sendiri membalas lawatan itu dengan mengadakan lawatan di  Parlimen Penampang untuk membantu beberapa petani moden di bawah kapasiti saya ketika itu di Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi.

“Apabila saya dipindahkan ke kementerian pertanian, kita sekali lagi berbincang bagaimana menggunakan platform yang ada untuk melengkapkan keperluan rakyat melalui kedua-dua kementerian.

“Saya melihat ini satu kolobarasi yang sangat sesuai diantara kementerian saya dengan KUSKOP di mana kita memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar dalam bidang pertanian dan keusahawanan seterusnya membantu mereka meluaskan pasaran melalui sokongan kedua-dua kementerian,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.050371 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list