CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5041|Reply: 0

[Kedah] Semakin ramai pasangan Kedah mohon bercerai

[Copy link]
Post time 6-3-2024 03:09 PM | Show all posts |Read mode

Halimaton Shaadiah pada Persidangan DUN Kedah di Wisma Darul Aman di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Permohonan perceraian melibatkan pasangan Islam di negeri ini meningkat dengan 3,198 kes tahun ini berbanding 2,974 kes pada tahun lepas dan 1,832 kes pada 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Halimaton Shaadiah Saad berkata, keseluruhan kes perceraian di Mahkamah Syariah adalah sebanyak 5,641 kes tahun ini berbanding 5,817 kes pada tahun lepas.

“Selain itu kes tuntutan pengesahan cerai fasakh juga meningkat daripada 299 kepada 304 kes.

“Kes-kes lain melibatkan pengesahan talak di luar atau tanpa kebenaran mahkamah sebanyak 1,804 kes, tuntutan pengesahan cerai sebanyak 311 kes pada tahun ini,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan bertulis daripada Abdul Ghafar Saad (PN-Guar Chempedak) yang mengemukakan soalan berapakah jumlah perceraian di negeri ini setiap tahun dan jumlah kes tuntutan terhadap lelaki yang gagal memberi nafkah kepada isteri dan anak.

Katanya, selain itu kes tuntutan terhadap lelaki culas membayar nafkah isteri di Mahkamah Syariah negeri ini turut meningkat hampir 50 peratus pada tahun ini dengan 43 kes berbanding 29 kes pada tahun lepas.-KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... dah-mohon-bercerai/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.053200 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list