CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5187|Reply: 1

[Perak] Warga emas disyaki bunuh abang, kakak ipar direman 7 hari

[Copy link]
Post time 6-3-2024 03:03 PM | Show all posts |Read mode

SUSPEK warga emas ( baju oren, depan) dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung untuk direman bagi siasatan kes kematian pasangan suami isteri di Pantai Remis, petang semalam.

LUMUT – Seorang lelaki yang disyaki membunuh abang dan kakak iparnya kerana berebut harta semalam, direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Seri Manjung, hari ini.

Majistret T. Kavita membenarkan permohonan polis untuk mereman suspek yang berusia 61 tahun bermula hari ini sehingga 12 Mac ini bagi membantu polis menjalankan siasatan kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, warga emas berusia 61 tahun itu tiba di Mahkamah Seri Manjung kira-kira pukul 9.30 pagi dan kelihatan tenang ketika dibawa keluar dari trak polis.

Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan, pasangan suami isteri warga emas ditemui mati dalam sebuah kebun kelapa sawit di Pantai Remis, dekat sini, dipercayai dibunuh oleh ahli keluarga terdekat dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang.

Kedua-duanya yang berusia 74 tahun ditemui dalam keadaan cedera parah pada kepala dan muka dipercayai dilibas dengan sabit sawit. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... par-direman-7-hari/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2024 05:32 PM | Show all posts
dah tua2 kubur memanggil2 pun nak berebut harta lagi ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.053926 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list