CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10927|Reply: 0

[Kedah] Cuaca panas: Kawalan pelepasan air dari empangan, pastikan air mentah mencukupi - EXCO

[Copy link]
Post time 6-3-2024 11:22 AM | Show all posts |Read mode

Kedah mempunyai enam empangan utama yang membekalkan bekalan air mentah kepada sektor domestik, industri dan pertanian iaitu Empangan Pedu, Empangan Muda, Empangan Ahning, Empangan Beris, Empangan Bukit Malut dan Empangan Padang Saga. - Foto BERNAMA

ALOR SETAR: Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) membuat kawalan pelepasan air dari empangan bagi menstabilkan operasi muka sauk loji rawatan air (LRA) Syarikat Air Darul Aman (SADA).

EXCO Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air serta Sumber Air dan Alam Sekitar negeri, Mohamad Yusoff Zakaria, berkata kawalan pelepasan itu bagi memastikan sumber air mentah mencukupi dalam menghadapi cuaca panas berterusan.

"Kedah mempunyai enam empangan utama yang membekalkan bekalan air mentah kepada sektor domestik, industri dan pertanian iaitu Empangan Pedu, Empangan Muda, Empangan Ahning, Empangan Beris, Empangan Bukit Malut dan Empangan Padang Saga dan setakat ini bekalan air masih stabil.

"LSANK juga sudah memohon kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam bagi cadangan pembangunan kolam takungan air pinggiran sungai (TAPS). Terdapat 27 tapak dikenal pasti di Kedah yang berpotensi untuk dibangunkan," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Teh Swee Leong (PH-Kota Darul Aman) yang ingin mengetahui apakah tindakan kerajaan negeri dalam memastikan sumber air mentah di Kedah mencukupi bagi berhadapan cuaca panas berterusan.

Bagaimanapun, Mohamad Yusoff berkata, pembangunan 27 tapak TAPS dengan keluasan keseluruhan lebih 1.5 juta meter persegi dan mampu menampung air sebanyak 28.03 juta meter padu itu belum bermula namun sudah diluluskan.

"Bagi memastikan sumber air mencukupi, Bahagian Bekalan Air (BBA) mencadangkan untuk menaik taraf Empangan Padang Saga, pembinaan TAPS Padang Saga dan pembinaan empangan bawah tanah di Langkawi," katanya.

Menjawab soalan tambahan Teh mengenai keupayaan SADA untuk menampung bekalan air bagi memenuhi permintaan semasa Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi, Mohamad Yusoff berkata walaupun kos penghantaran air agak tinggi, kerajaan negeri dan SADA sentiasa memastikan pengguna menerima bekalan air.

"Tahun lalu kos penghantaran air hampir RM10 juta tetapi ini menunjukkan keprihatinan Kedah untuk membekalkan bekalan air dan ini membuktikan bahawa sistem kita semakin baik dan bukan meruncing seperti yang didakwa.

"SADA sudah menyediakan 91 lori tangki termasuk lori yang disewa untuk membawa bekalan air kepada pengguna. Takungan air mencukupi tetapi memerlukan sedikit masa, apabila lima LRA (yang sedang dalam pembinaan) siap pada 2025, semua masalah air di negeri ini dapat diatasi sepenuhnya," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata jumlah pengguna yang terjejas akibat musim kemarau adalah sekitar 8,000 akaun sahaja berbanding keseluruhan 645,000 akaun di negeri itu.

- BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... pastikan-air-mentah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.066203 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list