CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4233|Reply: 0

[Sabah] Pertimbang beri sedikit kelonggaran syarat agar Sabah menjadi destinasi pilihan program Sabah Rumah Keduaku

[Copy link]
Post time 5-3-2024 06:06 PM | Show all posts |Read mode


SAMPAIKAN: Ruslan (tiga kiri) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang sempena karnival sukan yang diadakan.

BEAUFORT: Kerajaan Negeri diharap dapat memberi sedikit kelonggaran beberapa syarat bagi permohonan program Sabah Rumah Keduaku (SMM2H) yang dijangka dilancarkan pada bulan hadapan.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, antaranya yang wajar diberi pertimbangan adalah aspek simpanan tetap (Fix Deposit) agar lebih ramai berminat menyertai program itu.

Mengulas lanjut, Ruslan berkata, sekiranya kerajaan menetapkan simpanan tetap pada kadar yang tinggi ia dikhuatiri menyebabkan orang ramai tidak berminat menyertai program SMM2H dan kemungkinan akan memilih Sarawak kerana kadarnya lebih rendah.

"Kita wajar mengambil peluang ini (SMM2H) setelah lama terhenti atas sebab-sebab tertentu berbanding Sarawak yang sudah membuka semula program ini sejak 2021 lalu lagi.

"Namun, saya percaya kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor akan mengambil kira banyak perkara agar SMM2H dapat direalisasikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan program Fun Run & Half Marathon Challenge 2024 dan penutupan Karnival Sukan DHRM, yang diadakan di Kampung Lago, pada Ahad.

Dilaporkan, Sarawak menerusi MM2H yang dimulakan sejak 2007, sehingga hari ini sudah meluluskan seramai 2,198 peserta melibatkan golongan rakyat atasan dan profesional dari beberapa negara maju.

Sarawak turut menambahbaik beberapa syarat pada tahun 2022 lalu iaitu pemohon secara mandatori perlu buka akaun simpanan tetap dengan mana-mana bank tempatan di wilayah itu berjumlah RM150,000 untuk individu, manakala RM300,000 untuk pasangan.

Penambahbaikan itu turut melibatkan aspek tempoh minimum pemegang visa itu berada Sarawak di mana kini mereka dikehendaki menetap di Sarawak sekurang-kurangnya 30 hari setahun berbanding dengan 15 hari setahun sebelum ini.

Pemohon S-MM2H juga dibenarkan bekerja atau terlibat dalam perniagaan sepanjang tempoh penyertaan program berkenaan, namun ia tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan turut menyifatkan inisiatif kerajaan negeri yang akan membuka semula program SMM2H sebagai yang langkah tepat.

Mengulas lanjut beliau berkata, manfaat SMM2H amat besar dan merangkumi bukan saja pembangunan ekonomi Sabah tetapi juga kepentingan rakyat menerusi pelbagai kepakaran ekspariat program itu.

Menurutnya, data Kementerian Dalam Negeri (KDN) menunjukkan MM2H berupaya merangsangkan ekonomi negara dengan pendapatan nilai tambah kasar terkumpul berjumlah RM11.89 bilion sejak 2002 hingga 2019.

"Rangsangan ekonomi ini diperolehi melalui fi visa, pembelian hartanah, pembelian kenderaan persendirian, simpanan tetap dan perbelanjaan bulanan isi rumah.

"Justeru, sebagaimana kenyataan saya sebelum ini, pemegang visa SMM2H ini terdiri daripada kalangan profesional dari pelbagai sektor ekonomi yang secara langsung dapat merancakkan ekonomi Sabah," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.061669 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list