CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3424|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan diminta naik taraf CIQS sempadan Sabah-Sarawak

[Copy link]
Post time 5-3-2024 05:54 PM | Show all posts |Read mode


MATBALI

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menangani isu kesesakan di kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di sempadan Sabah-Sarawak khususnya di Sindumin-Merapok.

Datuk Matbali Musah (GRS-Sipitang) berkata, perkara itu perlu diberi perhatian kerana ia menjadi pintu masuk laluan utama jajaran lebuh raya Pan-Borneo dan satu-satunya laluan rentas negara dengan Brunei Darussalam serta Indonesia.

"Justeru, langkah menaik taraf kemudahan di CIQS ini perlu disegerakan," katanya ketika berucap membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam.

Beliau turut merujuk jawapan Perdana Menteri di persidangan Parlimen pada 10 Oktober 2023 ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan (STAR-Keningau).

Katanya, dalam jawapan itu, Perdana Menteri turut menyatakan supaya proses naik taraf prasarana dan keupayaan CIQS di sempadan Sabah-Sarawak disegerakan menerusi peruntukan berjumlah RM1 bilion yang sudah diluluskan.

Sehubungan itu, beliau meminta penjelasan sejauh mana kemajuan pelaksanaan projek menaik taraf itu.

Selain itu, Matbali turut membangkitkan beberapa isu di Sabah termasuk kelewatan pelaksanaan projek Pan Borneo jajaran Sabah.

"Hingga hari ini, pelaksanaannya di negeri kami masih sangat lambat dan menimbulkan kemarahan pengguna jalan raya.

"Kita ingin tahu daripada Kementerian Kerja Raya, sejauh mana status kemajuan pelaksanaan projek Pan Borneo di Sabah ini.

"Jika kemajuannya jauh di bawah jangkauan, mungkin sudah tiba masanya kontraktor-kontraktor pelaksana ini dinilai semula," katanya.


Beliau turut bertanya berapa jumlah pakej Pan Borneo di Sabah yang belum diberikan tender.
Mengenai isu di kawasan Parlimen Sipitang, Matbali meminta penjelasan mengenai status pelaksanaan Projek Jalan Raya Mendulong-Meligan-Long Pasia serta masalah elektrik solar hibrid di Long Pasia yang dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sejak 2017.

Katanya, kedua-dua kemudahan itu penting bagi penduduk di situ yang menantikannya sejak berdekad-dekad lamanya.

Sementara itu, beliau juga meminta supaya Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang  dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan canggih.

Katanya, ia bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat serta mengambil kira kedudukan geografi Sipitang yang sangat luas.

"Baru-baru ini, berlaku beberapa siri kebakaran akibat cuaca panas, dan kita difahamkan bahawa Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang menghadapi cabaran kritikal akibat kekurangan kelengkapan, jentera dan seumpamanya.

"Apabila mereka mendapatkan bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat terdekat di daerah Beaufort, malangnya mereka juga menghadapi kekangan yang serupa," katanya.

Justeru, katanya, sudah tiba masanya bagi Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang dinaik taraf.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.063475 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list