CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2637|Reply: 0

[Sabah] AirAsia lancar penerbangan pertama Kota Kinabalu-Seoul

[Copy link]
Post time 5-3-2024 05:48 PM | Show all posts |Read mode


CENDERAHATI: Pengarah Urusan KTO Malaysia dan Brunei Sangho Moon (tengah) bersama Pengarah Pemasaran KTO Malaysia dan Brunei Shin Hae In (dua kanan) menyampaikan cenderahati kepada penumpang penerbangan pertama AirAsia Kota Kinabalu ke Seoul Korea Selatan.

KOTA KINABALU: AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) hari ini meraikan pencapaian hab kedua terbesarnya di Malaysia iaitu Kota Kinabalu dengan pelancaran penerbangan pertama ke Seoul Korea Selatan yang berlepas dengan muatan penumpang 100 peratus.

Laluan baharu itu bermula hari ini dengan kekerapan penerbangan harian dan ia menandakan pengembangan rangkaian syarikat penerbangan AirAsia di Sabah dengan 18 laluan serta 282 jumlah penerbangan mingguan menuju dan dari Kota Kinabalu.

Penerbangan terus ini menjadikan perjalanan antara dua destinasi menarik ini lebih mudah untuk diakses dan berpatutan bagi penduduk Sabah untuk menerokai keunikan budaya di Seoul.

Antara destinasi menarik yang menjadi tumpuan seperti Istana Gyeongbokgung dan Sungai Cheonggyecheon, mercu tanda ikonik termasuk Menara Lotte World dan Seoul Sky Observatory serta menikmati juadah tempatan enak di Pasar Mangwon.

Penerbangan pertama ini diraikan dengan majlis perlepasan yang meriah oleh AirAsia, Lembaga Pelancongan Sabah (STB), dan Organisasi Pelancongan Korea (KTO) dengan kehadiran maskot dan pemberian cenderamata kepada para tetamu.


AIRASIA: Kakitangan AirAsia untuk penerbangan pertama Kota Kinabalu ke Seoul Korea Selatan merakamkan kenangan bersama maskot.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam  berkata, pihaknya berbesar hati untuk meraikan laluan baharu ini dengan muatan penuh pada penerbangan pertama yang menjadi petanda baik untuk masa hadapan.

"Dengan lebih 150,000 pelancong dari Korea Selatan ke Sabah pada 2023, kami berharap untuk membawa lebih ramai pelancong ke Sabah tahun ini.

"Dalam usaha memperluaskan hab kami di Sabah, pengembangan rangkaian ini memperkukuh kedudukan Kota Kinabalu sebagai destinasi penerbangan dinamik dengan sembilan destinasi domestik dan sembilan destinasi antarabangsa.

"Korea Selatan adalah salah satu pasaran utama untuk sektor pelancongan di Sabah dan laluan baharu ini bukan sekadar meningkatkan sektor pelancongan dan perdagangan negeri ini, malah mengeratkan hubungan budaya dan ekonomi antara Korea Selatan dan Sabah," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau yakin penambahan laluan baharu berkenaan akan terus memberikan manfaat penting untuk rakyat Korea Selatan dan Sabah.

Sempena sambutan penerbangan pertama ini, AirAsia menawarkan tambang promosi istimewa bermula daripada RM389 untuk tambang termasuk semua* sehala bagi penduduk Sabah untuk menerokai Seoul.

Tambang promosi ini boleh ditempah mulai 5 hingga 17 Mac 2024 untuk tempoh perjalanan antara 5 Mac hingga 26 Oktober 2024 di laman web airasia.com dan aplikasi AirAsia MOVE, sebelum ini dikenali sebagai 'airasia Superapp'.

Semua warganegara yang layak untuk kemasukan tanpa visa ke Korea Selatan termasuk Malaysia harus memohon K-ETA sebelum melakukan perjalanan ke negara itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.078762 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list