CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6600|Reply: 19

[Tempatan] Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan: Pelarasan cukai perkhidmatan ambil kira beban rakyat, tak tekan ekonomi

[Copy link]
Post time 5-3-2024 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Pelarasan cukai perkhidmatan ambil kira beban rakyat, tak tekan ekonomi

https://www.freemalaysiatoday.co ... -tak-tekan-ekonomi/

Nora Mahpar - 05 Mar 2024, 12:27pm


Amir Hamzah Azizan berkata pelarasan cukai perkhidmatan telah mengambil kira pendekatan bagi mengurangkan beban rakyat dan kerajaan akan terus fokus menyediakan bantuan menerusi subsidi bersasar.

Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan berkata setiap keputusan kerajaan berkaitan cukai tidak memberi kesan langsung kepada golongan rentan.

KUALA LUMPUR: Pelarasan cukai perkhidmatan berkuat kuasa 1 Mac lalu telah mengambil kira pendekatan untuk mengurangkan beban kepada keseluruhan rakyat, kata Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.

Beliau menjelaskan, perubahan kadar daripada 6% kepada 8% bagi segelintir sektor itu ‘juga tidak menekan ekonomi’ dan kerajaan akan terus fokus membantu menyediakan bantuan dengan pelaksanaan subsidi bersasar.

“Secara dasarnya setiap keputusan kerajaan berkaitan cukai tidak memberi kesan langsung kepada golongan rentan dan kebajikan mereka terus dijaga,” katanya menjawab soalan tambahan Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) di Dewan Rakyat.

Menjawab soalan Syed Hussin berkait Cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Amir berkata sekarang bukan masa sesuai memperkenalkannya semula ketika rakyat berpendapatan rendah berdepan cabaran kos sara hidup kerana percukaian itu bersifat penggunaan luas.

“Walaupun kadar inflasi 2023 secara purata adalah 2.5% tetapi bagi makanan dan minuman hampir 5%, kategori ini lebih dirasai rakyat…itu antara faktor cukai perkhidmatan 6% (kekal untuk kategori makanan dan minuman).

“Kerajaan akan terus menambah baik sistem percukaian sedia ada dan memperkenalkan cukai tidak memberi kesan kepada golongan rentan sebelum menilai keperluan memperkenalkan cukai penggunaan seperti GST,” katanya.

Amir berkata bagi memenuhi keperluan meningkatkan hasil negara kerajaan telah mengambil pendekatan berperingkat dengan meluaskan asas cukai kepada mereka yang mempunyai lebih kemampuan terlebih dahulu.

“Sebagai contoh walaupun kadar cukai telah meningkat kepada 8%, cukai perkhidmatan (tambahan 2%) untuk elektrik hanya dikenakan untuk penggunaan melebihi 600 kilowatt sejam (kWj) iaitu sekitar 15% pengguna,” katanya.

Sebelum ini, Putrajaya menjelaskan pelarasan cukai perkhidmatan hanya memfokuskan aktiviti berkaitan perkhidmatan kemahuan dan aktiviti antara perniagaan bagi memastikan rakyat tidak dibebani kadar cukai kepenggunaan lebih tinggi, khususnya dalam perkhidmatan keperluan penting.

Perkhidmatan yang banyak digunakan rakyat seperti makanan dan minuman, penghantaran makanan dan minuman, telekomunikasi serta parkir kenderaan kekal dengan cukai 6%.

Kerajaan menjangkakan tambahan hasil RM3 bilion daripada pelarasan itu yang akan membantu Putrajaya menambah baik bantuan bersasar kepada rakyat, menambah baik dan menyelenggara prasarana awam kritikal seperti penjagaan kesihatan, sekolah serta jalan raya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru jumpa tadi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 08:41 PM | Show all posts
Menyampah lah diorg ni beri alasan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 10:44 AM | Show all posts
ko pernah ke keje gaji 2000 sbln dok lembah klang ni? cukup ke? yg keje 5k pun cukup2 mkn je sembang kari
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 02:27 PM | Show all posts
On paper nampak tak terkesan sangat. Try la sehari menyamar & follow routine rakyat biasa hidup..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
1. PBT naik cukai pintu
2. Tnb naik tarif
3. Sykt air naik bil
4. Iwk naik caj angkat tong taik
5. Cukai tanah naik
6. Diesel makin mahal
7.  Sst naik 2%
8. bla bla....
Semua yg tersebut di atas ckp kenaikan x bebankan rkyt......kpla b$#@ la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2024 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Igt japar on dah jadi muntri kewangan 2
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 6-3-2024 02:37 PM
1. PBT naik cukai pintu
2. Tnb naik tarif
3. Sykt air naik bil

Tunggu ron95.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2024 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia dalam gerhana
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Walanon & walanontit akan cakap "...tidak membebankan raykat. Raykat sepatutnya berbelanja ikut kemampuan.'
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Om gaji sebulan suda brp puluh ribu. Mmg om tidak bisa erti akan arti kesusahan sejati kerana om sendiri tidak berada di posisi kami. Gaji tidak cukup, brg mahal.

Apa om bisa hidup jika diberi gaji hanya 1.5k?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 6-3-2024 02:37 PM
1. PBT naik cukai pintu
2. Tnb naik tarif
3. Sykt air naik bil

Tapi gaji takuk tu je. Sebab tu la makin ramai part time bukak meja meniaga.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 6-3-2024 04:11 PM
Malaysia dalam gerhana

Bulan sudah gerhana tetapi masih menganggap Badrul Muhayat
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
obes nya
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 08:41 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 6-3-2024 07:39 PM
Bulan sudah gerhana tetapi masih menganggap Badrul Muhayat

sian uncle maideen tetek

menghilang ketika covid mengganas
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 09:44 PM | Show all posts
sebelum cukai-cukai ni dperkenalkan pun harga baran dah naik naik dan naik. bagi lagi cukai sana cukai sini...maka tak berhentlah naiknya

nampaknya nilai duit kita akan semakin kecil, nilai duit kurang seringgit nampaknya dah tak bererti... menabung duit siling pun mcm tak berguna dah sekarang.. inflasi meroket pun pada nilai pada report kelihatan kecil... magik ka apa, yang ini aku pilih untuk tak percaya pada data tersebut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2024 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak bebankan rakyat????
Mabuk ketum ke mamat seekor ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 6-3-2024 08:41 PM
sian uncle maideen tetek

menghilang ketika covid mengganas

Hilang ke mana?

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko turun padang ke tidak? Ke ko main tabak daripada bilik aircon!!!! Guna ayor lior boleh le politaik ni. Lepas tu kasi control media kan. Zaman sekarang dah 5G la. Segala info di hujung jari. Orang mana yang ko nak kelentong beramai-ramai ni. Kaka kesian kat orang yang kija biasa-biasa, b40 mana nak cekau duit beli makanan berkhasiat. Cakap main pakai kepala lutut korang ni kan. Aku tengok keadaan harga barang pun memang sangat hairan, apa muntri gundu and alias muntri berkaitan buat???
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 6-3-2024 06:53 PM
Tapi gaji takuk tu je. Sebab tu la makin ramai part time bukak meja meniaga.

Ada terbaca kt FB ckp gaji dia ni 558k sebulan @ 6.7j setahun masa jd CEO kt epf @ 18.6k sehari mmg le x  terasa beban naik cukai bagai dah la driver, rumah, org gaji bla2 suma dpt free co tanggung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.971583 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list