CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5833|Reply: 0

[Pulau Pinang] Gerakan saran KWSP pertimbang pemberian dividen tambahan

[Copy link]
Post time 5-3-2024 02:44 PM | Show all posts |Read mode
Gerakan saran KWSP pertimbang pemberian dividen tambahan

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
05 Mac 2024 02:15pm








KWSP sebelum ini mengumumkan agihan dividen 2023 sebanyak 5.5 peratus untuk simpanan konvensional dan 5.4 peratus untuk simpanan syariah.




GEORGE TOWN - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disaran mempertimbangkan pemberian dividen tambahan sebanyak 0.5 atau 1 peratus kepada ahlinya sebagai galakkan untuk terus menyimpan.

Timbalan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Oh Tong Keong berkata, pemberian dividen yang rendah pada tahun ini menunjukkan keadaan ekonomi negara semakin merosot di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.



Menurutnya, dividen yang diumumkan KWSP pada Ahad lalu amat mengecewakan rakyat kerana ia meningkat sedikit sahaja berbanding dividen pada tahun 2022.

Ujar beliau, dividen tambahan harus dipertimbangkan sekiranya KWSP memperoleh keuntungan besar daripada pelaburan asing dan tempatan.



"Rakyat atau golongan pekerja yang mengharapkan pemberian dividen yang tinggi berasa kecewa dengan pengumuman KWSP baru-baru ini. Ramai ahli mengharapkan kadar dividen melebihi 6 peratus untuk simpanan konvensional bagi tahun 2023.

"Peningkatan dividen bagi tahun 2023 hanya 0.15 peratus berbanding tahun 2022 iaitu 5.35 peratus sahaja. Jumlah bagi tahun 2022 mencatatkan rekod kedua rendah dalam tempoh 14 tahun. Ini amat mengecewakan rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah Tong Keong, demi menggalakkan ahli KWSP meningkatkan kadar simpanan mereka dan mengurangkan pengeluaran awal duit simpanan, pihak kerajaan dan KWSP harus lebih bermurah hati dalam pemberian dividen, bagi menstabilkan semula simpanan pencarum untuk masa depan.

"Galakan ini dilihat lebih kepada ahli yang berusia lebih 55 tahun dan mencapai umur yang disyaratkan untuk mengeluarkan duit simpanan. Mereka mungkin akan lebih rela terus menyimpan di KWSP dengan mengharapkan dividen lebih tinggi berbanding dengan agensi kewangan lain.


"Misalnya simpanan tetap di bank dan pelaburan dalam dana amanah. Bagaimanapun, keadaan berlaku sebaliknya apabila kadar dividen KWSP didapati kurang daripada agensi kewangan yang lain.

"Oleh itu, saya berharap agar pihak KWSP dapat mempertimbangkan faktor-faktor dibangkitkan yang akan mempengaruhi pencarum daripada terus menyimpan di KWSP," katanya lagi.




Pada Ahad, KWSP mengumumkan agihan dividen 2023 sebanyak 5.5 peratus untuk simpanan konvensional dan 5.4 peratus untuk simpanan syariah.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, angka tersebut membabitkan agihan sejumlah RM50.3 bilion bagi konvensional manakala RM7.5 bilion untuk syariah.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.059298 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list