CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2423|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan negeri menyambut baik penambahan penerbangan sewa khas

[Copy link]
Post time 4-3-2024 07:18 PM | Show all posts |Read mode


CHRISTINA

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengalu-alukan penambahan penerbangan sewa khas dari China ke Tawau yang bermula bulan depan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata, ia merupakan berita baik dalam sektor pelancongan di negeri ini.
Pihaknya turut mengalu-alukan dan menyambut baik berhubung potensi penerbangan terus di Sabah.

“Saya difahamkan, syarikat Batik Air telah mengesahkan penerbangan sewa khas selama setahun dari China ke Tawau.

"Selain itu, sebanyak tiga penerbangan mingguan dari Pudong bermula pada April, dan begitu juga, dari Chengdu mulai Julai. Bagi Shenzhen, terdapat tiga penerbangan sewa ke Tawau pada bulan Jun," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Christina yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api berkata, pihaknya menjangkakan peningkatan kedatangan pelancong mendadak di Tawau.

Katanya, usaha itu akan menjadi pengalaman penting kepada pengunjung kali pertama datang ke negeri ini, mereka akan menikmati keindahan alam semula jadi dan tarikan unik lain.

"Saya mendoakan percutian yang menyeronokkan mengembirakan buat para pelancong yang akan tiba ke Sabah,” katanya.

Christina turut memuji Lembaga Pelancongan Sabah (STB) atas usaha berterusan dalam mempromosikan Sabah ke destinasi baharu di luar negara.

Untuk rekod, pada Januari tahun ini, Tawau menerima penerbangan antarabangsa sulung Firefly Airlines, menghubungkan Nanjing, China ke bandar pantai timur itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.141012 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list