CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3506|Reply: 0

Rafiq tekad pertahan gelaran pemain nombor satu Asia

[Copy link]
Post time 4-3-2024 06:38 PM | Show all posts |Read mode

RAFIQ menunjukkan pingat emas yang dimenanginya di Hong Kong, tahun lalu. FOTO FB MAJLIS SUKAN NEGARA

Kuala Lumpur: Jaguh boling negara, Muhammad Rafiq Ismail bertekad mempertahankan gelaran sebagai pemain nombor satu Asia dengan menggegarkan Kejohanan Tenpin Boling Asia ke-27 di Bangkok, Thailand, September ini.

Sasarannya adalah muncul juara kategori individu selain acara berpasukan selepas memenanginya bersama Syafiq Ridhwan, Mohd Syazirol Shamsudin, Tun Hakim Tun Hasnul Azam, Timmy Tan dan Ahmad Muaz Fishol pada edisi lalu di Hong Kong.

Katanya, selain Kejohanan Asia itu, dia dijangka akan turut menyertai sekurang-kurangnya lima kejohanan lagi untuk memastikan berada di dalam keadaan terbaik menjelang saingan Asia itu.

Ditanya mengenai saingan di peringkat Asia, dia yang bergelar pemain nombor satu Asia selama tiga tahun berturut-turut itu mengakui tidak boleh memandang rendah kemampuan negara lain seperti Korea Selatan, Singapura dan Filipina pada kejohanan itu.


"Kejohanan Asia di Thailand adalah KPI (indeks prestasi utama) saya tahun ini. Kalau boleh saya mahu kekalkan status sebagai nombor satu Asia.

"Tapi sebenarnya saya mahu meraih kemenangan dalam acara berpasukan kerana ia memberi makna lebih besar apabila dapat meraikannya bersama-sama pemain lain.

"'Vibe' menang bersama-sama pasukan itu lebih daripada rasa kemenangan itu berseorangan," katanya pada Perhimpunan Atlet Program Podium Fasa 1 di Majlis Sukan Negara (MSN), hari ini.

Untuk rekod atlet dari Selangor itu merangkul tiga emas di Hong Kong dalam acara Masters, All Events serta trio bergandingan dengan Timmy dan Ahmad Muaz.

Berdasarkan ranking Persekutuan Boling Asia, Muhammad Rafiq kini memegang status sebagai pemain nombor satu Asia buat tahun ketiga berturut-turut sejak 2021 dengan mengumpul 442 mata.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... in-nombor-satu-asia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.162870 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list