CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3467|Reply: 0

[Selangor] Jangan dua hari lagi baru hendak maklum perhimpunan – Razarudin

[Copy link]
Post time 4-3-2024 06:29 PM | Show all posts |Read mode

Razarudin (tengah) menyerahkan replika kunci kepada salah seorang penerima perumahan polis Bandar Sultan Suleiman, Klang, Selangor hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

KLANG – Mana-mana penganjur perhimpunan aman perlu mematuhi peraturan dengan memberikan notis dalam tempoh lima hari sebelum melakukan perhimpunan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, perkara itu jelas termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 dan borang berkenan perlu diisi termasuk 14 soalan berkaitannya.

Katanya, sekiranya notis pemberitahuan tidak dibuat, tindakan boleh diambil kepada mana-mana penganjur perhimpunan.

“Jangan dua hari lagi, dia (penganjur) bagi tahu dengan WhatsApp dan kita tengok Facebook. Kita pun hendak mengatur juga anggota, tentukan lalu lintas berjalan dengan lancar.

“Kita tidak menyekat kebebasan orang lain pula yang ada di situ hendak pergi kerja atau sebagainya, itu mustahak. Kita bukannya sekat perhimpunan sebaliknya dia (penganjur) memang perlu isi mengikut Seksyen 9 (1) dan Seksyen 10 APA serta menjawab 14 soalan dalam borang itu,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan kunci perumahan polis Bandar Sultan Suleiman di sini, hari ini.

Terdahulu, seorang bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Razarudin ‘menyekolahkan’ pasukan polis bahawa permit tidak lagi diperlukan untuk perhimpunan.

Razarudin menjelaskan, berdasarkan APA 2012 juga memaklumkan hukuman dan tindakan sekiranya tidak dipatuhi peraturan akta itu.

“Saya faham, umum faham bahawa perkara 10 berkenaan hak asasi untuk berhimpun tetapi perkara 10(2) turut memperuntukkan Parlimen boleh buat apa undang-undang bagi mengimbangi hak asasi dan kepentingan awam serta keselamatan nasional.

“(Semua) ini menentukan bahawa ketenteraman awam dan keselamatan nasional ini diimbangi di antara hak asasi. Cuma Ketua Polis Daerah mungkin sebut notis pemberitahuan itu sebagai permit. Mungkin ada kesilapan di situ,” ujarnya.

Tambah beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mempunyai hak dalam menentukan syarat-syarat sesuatu notis pemberitahuan termasuk pengubahan lokasi, tidak mendapat kebenaran tuan tanah (tempat penganjuran perhimpunan aman).

“Berhubung (dakwaan Maria Chin) empat kali permohonan (perhimpunan Hari Wanita) tidak diterima, kita akan semak,” katanya. – KOSMO!ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... himpunan-razarudin/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.055222 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list