CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3476|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tiada aduan kenaikan harga barang sebab SST naik

[Copy link]
Post time 4-3-2024 06:26 PM | Show all posts |Read mode

Jegan ketika Majlis Pelancaran Program Jualan Ihsan Rahmah "Kembali Ke Sekolah" Peringkat Pulau Pinang Tahun 2024 di Seberang Jaya, Pulau Pinang hari ini. Foto oleh IQBLA HAMDAN/ KOSMO!

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang tidak menerima sebarang rungutan atau aduan berhubung isu kenaikan harga sejak cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dilaksanakan bermula 1 Mac lalu.

Pengarahnya, S. Jegan walau bagaimanapun berkata, pihaknya akan melakukan pemantauan menerusi Ops Kesan bagi memastikan peniaga yang terkecuali tidak membuat kenaikan harga yang bertentangan dengan perundangan pencatutan.

“Pengguna juga perlu tahu sektor apa yang dikenakan SST atau sebaliknya, sebagai contoh, perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) tidak dikenakan SST.

“Justeru, laporkan kepada kami sekiranya terdapat unsur catut di mana peniaga menaikkan harga barangan dalam sektor tidak berkaitan supaya kita dapat jalankan siasatan seterusnya ambil tindakan terhadap peniaga yang ingkar,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jualan Ihsan Rahmah Madani di Seberang Jaya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya untuk mengaut keuntungan.

Terdahulu, media melaporkan SST naik kepada 8 peratus berbanding 6 peratus sebelum ini, berkuatkuasa 1 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... ang-sebab-sst-naik/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.054772 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list