CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6347|Reply: 0

[Kedah] 300 masjid di Kedah pasang sistem solar

[Copy link]
Post time 4-3-2024 04:45 PM | Show all posts |Read mode
300 masjid di Kedah pasang sistem solar

OlehWAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
04 Mac 2024 03:58pm








Pengurusan melibatkan 300 masjid di Kedah hadir pada Majlis Taklimat Projek Sistem Solar PV di Masjid-Masjid seluruh Kedah di Alor Setar pada Ahad.




ALOR SETAR - Sebanyak 300 masjid di seluruh Kedah akan terlibat dengan projek sistem solar PV selaras dengan hasrat kerajaan ke arah sebuah negara dan negeri yang mesra tenaga hijau.

Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah (Maik), Datuk Dr Abd Ghani @ Zulkifli Zainuddin berkata, projek tersebut diuruskan sebuah syarikat bumiputera, SG Energy Sdn Bhd yang pakar dalam pemasangan sistem solar dan elektrikal.



Menurutnya, buat permulaan 300 masjid akan terlibat dengan projek pertama tersebut dan ia akan diperluaskan kepada baki lebih 200 masjid lagi di Kedah jika projek tersebut berjalan dengan lancar.

“Banyak syarikat yang mahu masuk ke Kedah untuk terlibat dengan projek solar ini tetapi kita memilih satu syarikat sahaja bagi memudahkan untuk menguruskan projek ini.



“Kita berharap penjimatan elektrik di masjid berhasil melalui projek yang dilancarkan ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Taklimat Projek Sistem Solar PV di Masjid-Masjid seluruh Kedah di Alor Setar pada Ahad.

Sementara itu, Pengerusi SG Energy Sdn Bhd, Izzulsali Md Ali berkata, negeri ini bakal menjadi peneraju melalui penglibatan jumlah masjid yang banyak memasang sistem solar bagi tujuan penjimatan bil elektrik.


Abd Ghani @ Zulkifli (kanan) hadir merasmikan Majlis Taklimat Projek Sistem Solar PV di Masjid-Masjid seluruh Kedah di Alor Setar pada Ahad.




Menurutnya, nilai pelaburan projek tersebut melibatkan sebanyak RM22 juta dan segala kos bagi pemasangan dan penyelenggaraan ditanggung sepenuhnya oleh pelabur dan syarikat dengan kontrak selama 25 tahun.




“Projek ini akan menggunakan Program Supply Agreement Renewable Energy (Sare). Kedah antara negeri yang menerima cahaya matahari yang paling banyak di Malaysia, rugi jika kita tidak memanfaatkan kelebihan ini,” ujar beliau.

Tambahnya, secara keseluruhannya, dianggarkan jumlah kapasiti pemasangan adalah sebanyak 7,590.96 kilowatt (kWp) dengan anggaran penjanaan solar sebanyak 10,251,591.48 kWh setahun.

“Berdasarkan janaan tersebut, penjimatan bil elektrik dianggarkan sebanyak RM6.5 juta setahun. Melalui penjimatan ini, masjid dapat mempelbagaikan aktiviti mengimarahkan dan pembangunan ummah,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.270781 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list