CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6873|Reply: 0

[Johor] Sanggup bayar lebih RM10,000, sembunyi dalam but Myvi masuk Malaysia

[Copy link]
Post time 4-3-2024 04:11 PM | Show all posts |Read mode

AMINUL IZMEER (duduk tengah) menunjukkan gambar keadaan seorang lelaki Singapura yang ditemui bersembunyi di bahagian but belakang Perodua Myvi di CIQ BSI, Johor Bahru.

ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki warga Singapura sanggup menyorok di dalam but kereta Perodua Myvi semata-mata untuk menyelinap masuk ke negara ini secara haram.

Malah lelaki berusia 50-an itu juga sanggup membayar dua wanita tempatan Dolar Singapura 3,000 (RM10,550) bagi menyeludupnya masuk untuk tujuan kerja.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor, Aminul Izmeer Mohd. Sohaimi berkata, kejadian itu dikesan pihak berkuasa di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, pada pukul 3.30 petang, 13 Disember lalu.

Menurut beliau, lelaki tersebut dikesan bersembunyi di bahagian but belakang sebuah kereta jenis Perodua Myvi model lama yang bernombor pendaftaran Malaysia.

“Lelaki berkenaan dipercayai tidak mempunyai pasport kerana mempunyai masalah perundangan di negara asalnya. Tindakan mahkamah telah dibuat terhadap ketiga-tiga individu terlibat, dengan kedua-dua wanita tempatan dituduh mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

“Manakala lelaki tersebut didakwa mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan dijatuhkan hukuman hukuman penjara tiga bulan dan telah dihantar pulang ke negaranya pada pertengahan bulan lalu bagi berdepan tindakan undang-undang republik berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sungai Pulai, Gelang Patah, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Aminul Izmeer berkata, pihaknya berjaya menumpaskan cubaan sindiket pengedaran dadah yang menggunakan tiga kilogram (kg) gula untuk menutup 14 kg dadah bernilai RM542,709 di Durian Tunggal, Melaka.

Katanya, kegiatan tersebut berjaya dikesan pihaknya selepas pemeriksaan dibuat terhadap sebuah kenderaan jenis Toyota Vios dan turut merampas bahan kimia jenis Barium Sulfat seberat dua kilogram. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... yvi-masuk-malaysia/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.436914 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list