CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8041|Reply: 0

[Selangor] Abang dah bahagia sangat di sana – Ibu Zayn Rayyan

[Copy link]
Post time 4-3-2024 02:15 PM | Show all posts |Read mode

Ismanira berkongsi gambar kenangan bersama Zayn Rayyan ketika percutian sekeluarga.

PETALING JAYA – “Mommy tahu Abang sekarang dah berada di tempat terbaik, abang dah bahagia sangat di sana, tak ada lagi duka buat abang,” itu luahan hati Ismanira Abdul Manaf berhubung anaknya, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.

Luahan kerinduan Ismanira terhadap Zayn Rayyan dimuat naik menerusi hantaran di Instagramnya hari ini bersama pelbagai gambar kenangan mereka sekeluarga.

“Rindu dan luka di hati ini semakin hari semakin menebal buat abang. I miss you so much abang, jumpa lagi abang,” katanya pada hantaran itu.

Dalam masa sama, Ismanira turut memuat naik gambar pada Insta Story semalam memaparkan gambar bunga untuk diletakkan di pusara Zayn Rayyan.

“Assalamualaikum Abang Zayn Rayyan. Wangi je bau rumah abang. Setiap kali mommy datang, mesti rumah abang bau wangi, Allahuakbar. Selain bunga yang mommy bawa, macam biasa lah, banyak lagi bunga-bunga daripada ibu-ibu angkat abang kat sini. Alhamdulillah, terima kasih semua,” katanya.

Pada 23 Februari lalu Kosmo! melaporkan, masih tiada pihak tampil memberi maklumat berhubung kes bunuh kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan walaupun Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor menawarkan ganjaran RM20,000 kepada pihak yang membawa kepada penangkapan suspek kes bunuh itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata setakat ini, tiada perkembangan baharu membabitkan kes berkenaan.

Zayn Rayyan dilaporkan hilang pada 5 Disember tahun lalu di Damansara Damai di sini, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartmen Idaman pada keesokannya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... na-ibu-zayn-rayyan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.232896 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list