CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5532|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang cerap data 6,450km jalan untuk sistem SPAJa

[Copy link]
Post time 4-3-2024 01:08 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang cerap data 6,450km jalan untuk sistem SPAJa


Siti Aminah Mohd Yusof
am@hmetro.com.my



Zairil Khir Johari berucap pada Majlis Perasmian Sistem Pengurusan Aset Jalan SPAJa di Jen Hotel. FOTO MIKAKL ONG




Georgetown: Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang sudah mencerap data jalan sejauh 6,450 kilometer (km) untuk dimasukkan ke dalam Sistem Pengurusan Aset Jalan (SPAJa) bagi membolehkan tugas penyelenggaraan dan pembaikan jalan dilakukan dengan lebih cekap serta sistematik.

EXCO Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata, SPAJa itu dibangunkan secara berperingkat sejak 2020 bagi memantapkan keupayaan agensi-agensi teknikal di Pulau Pinang dalam melakukan tugas harian mereka.

Beliau berkata, SPAJa akan digunakan setiap agensi yang melaksanakan kerja penyenggaraan jalan di negeri itu termasuk JKR, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Pejabat Daerah dan Tanah.

"Sistem itu mempunyai empat modul utama yang akan menjadi rujukan kepada agensi terlibat iaitu senarai jalan dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris), data keadaan jalan, kajian ketahanan jalan serta unjuran kewangan dan pembaikan.

"Contoh, data jalan berlubang atau rosak sama ada memerlukan pembaikan kadar paling segera atau sebaliknya akan membantu pihak agensi membuat perancangan pembaikan dengan lebih efektif," katanya kepada media selepas merasmikan SPAJa, di sini, hari ini.

Zairil memaklumkan, tugas mencerap data jalan yang turut dilakukan dengan kerjasama syarikat Selia Selenggara Sdn Bhd dimulakan pada 2019 membabitkan jarak 500km pada fasa pertama diikuti jarak sejauh 2,500km pada 2020 hingga April 2021.

Katanya, fasa ketiga membabitkan jarak 3,000km selesai pada 2022 manakala fasa terakhir membabitkan baki jarak 450km disambung pada Mei 2023 dan disempurnakan awal bulan ini.

"Sebagai rekod, sejak pelaksanaan SPAJa bagi projek pencerapan data jalan untuk pendaftaran Marris pada fasa pertama, jumlah peruntukkan Marris yang diterima bertambah.

"Bermula dengan peruntukan RM183.36 juta pada 2019, kini Pulau Pinang menerima RM208.77 juta iaitu peningkatan lebih RM100 juta hasil daripada kerja-kerja cerapan, kemas kini dan pendaftaran jalan-jalan ke dalam sistem Marris," katanya.

Menurut Zairil, SPAJa boleh diakses melalui rangkaian luar dan terdapat dalam versi android bagi memudahkan agensi berkaitan mengakses data jalan yang terkandung dalam sistem itu di mana jua mereka berada tanpa mengira masa.

Tambahnya, bagi memastikan keselamatan data dalam SPAJa terjamin, pangkalan data-data bagi sistem itu ditempatkan di Pusat Data Sektor Awam Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) di Kulim, Kedah.



Disiarkan pada: Mac 4, 2024 @ 12:56pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.052504 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list