CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8199|Reply: 0

[Sabah] Peniaga diingatkan agar tidak ambil kesempatan naik harga ekoran kenaikan SST

[Copy link]
Post time 3-3-2024 07:47 PM | Show all posts |Read mode


DAVID

KOTA KINABALU: Peniaga di negeri ini diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga susulan kenaikan dua peratus cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang mula berkuatkuasa hari ini.

Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah David Chan (gambar) berkata ia penting bagi memastikan kenaikan SST itu tidak membebankan orang ramai.

Menurutnya selepas wabak COVID-19, pihaknya menyedari pola pasaran barangan telah berubah kerana orang ramai mengalami kemerosotan kewangan.

“Orang ramai kini sangat selektif untuk membeli makanan dan produk yang lebih murah akibat kekangan kewangan,” katanya.

Oleh itu, David menggesa peniaga supaya bersikap bertimbang rasa untuk tidak mengambil kesempatan menaikkan harga makanan dan produk pengguna secara tidak munasabah hanya kerana kenaikan dua peratus SST.

Tinjauan rambang di pekan Menggatal menunjukkan terdapat beberapa restoran yang menaikkan harga minuman 'Chinese Tea' kosong sehingga RM1.50.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.071467 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list