CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5393|Reply: 0

[Sabah] Rakaman pempengaruh beri imej negatif kepada Sandakan

[Copy link]
Post time 3-3-2024 07:41 PM | Show all posts |Read mode


CHEW

SANDAKAN: Tindakan seorang pempengaruh memuat naik rakaman pendek berbahasa Kantonis yang menggambarkan suasana kotor di daerah ini satu kerugian kepada sektor pelancongan Sandakan.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, rakaman berkenaan memberikan imej seolah-olah Sandakan sebuah bandar yang dipenuhi sampah, khususnya di kawasan pantai.

"Rakaman itu sudah pasti merugikan sektor pelancongan kita, makanan laut kita yang terkenal dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara.

"Dengan rakaman itu, siapa lagi mahu melawat Sandakan dan ekonomi di sini telah terjejas sejak pandemik COVID-19," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, sektor ekonomi di sini masih belum pulih sepenuhnya dan sektor pelancongan adalah salah satu penyumbang utama pendapatan warga Sandakan.
Katanya, tidak dinafikan terdapat kebenaran dalam rakaman itu. Ia bukan satu perkara baharu.

"Sejak 2018 sehingga hari ini, kawasan ini pernah diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai pembantu menteri di kementerian terbabit.

"Tetapi tiada perkara positif dilakukan untuk mengatasi masalah sampah yang berleluasa di Sandakan.

"Pihak berkuasa berkaitan di sini turut sering membuta mengenai isu sampah sehingga persekitaran kedai di daerah ini kotor dan berbau," katanya.

Katanya, rakaman berkenaan telah menunjukkan kelemahan pihak berkaitan yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka.

Menurutnya, antara kawasan yang dirakamkan pempengaruh itu ialah di Bandar Ramai-Ramai, Leila, Hsiang Garden dan Nam Tung.

"Kami di Unit PPM Karamunting sudah berkali-kali membuat aduan kepada pihak berkaitan mengenai masalah sistem pembentungan, parit yang rosak serta isu kaki lima kotor dan pintu besi rumah sampah rosak.

"Sehingga hari ini, hampir kesemua aduan yang disampaikan belum mendapat maklum balas positif," katanya.

Chew berkata, mungkin sudah tiba masanya jawatan tertinggi pada badan bertanggungjawab terhadap kebersihan di Sandakan dipegang oleh penduduk asal di sini untuk tempoh tiga tahun dan bukannya setahun.

Katanya, hanya penduduk Sandakan sahaja tahu keadaan sebenar bandar ini yang memerlukan usaha pengindahan segera.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.503889 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list