CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3688|Reply: 0

[Sabah] Kelab Taekwondo diminta lahirkan atlet bertaraf dunia

[Copy link]
Post time 3-3-2024 06:14 PM | Show all posts |Read mode


RASMI: Nizam (lima kiri) ketika merasmikan pusat latihan Kelab Empire Taekwondo Sabah (WTF).

TAWAU: Kelab taekwondo yang ada di daerah ini diminta supaya berusaha melahirkan atlet-atlet yang boleh mewakili negara dalam kejohanan di peringkat antarabangsa pada masa akan datang.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, sukan taekwondo sudah semakin diminati di daerah ini terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah.

Katanya, banyak kelab-kelab dan pusat latihan sukan taekwondo yang sudah diwujudkan memandangkan sambutannya kini sangat menggalakkan.

“Kesedaran ibu bapa untuk mendaftarkan anak mereka mengikuti latihan taekwondo semakin tinggi kerana melihat sukan mampu melahirkan atlet bertaraf dunia.

“Justeru, saya berharap akan ada atlet taekwondo di daerah ini yang mampu mewakili negara ke peringkat kejohanan dunia akan datang,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata demikian ketika merasmikan pusat latihan Kelab Empire Taekwondo Sabah (WTF) di sini, hari ini.

Nizam menzahirkan tahniah kepada kelab taekwondo ini kerana berjaya mewujudkan pusat latihan untuk melatih anak-anak muda di perbandaran Tawau.

Katanya, inisiatif mewujudkan pusat latihan ini untuk keselesaan atlet perlu dipuji kerana ia sudah pasti memerlukan pengorbanan terutamanya dari segi dana.

“Saya difahamkan pengerusi kelab ini merupakan atlet yang pernah mewakili negara dalam pelbagai kejohanan sukan taekwondo di peringkat antarabangsa.

“Justeru, penduduk di sini diharapkan tidak melepaskan peluang untuk menghantar anak-anak mereka mengikuti latihan taekwondo dan menimba pengalaman di pusat ini,” katanya.


SAMBUT: Ketibaan Nizam disambut oleh atlet-atlet Kelab Empire Taekwondo Sabah (WTF).

Dalam pada itu, Nizam berkata, kerajaan negeri menerusi Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) sudah pasti akan membantu memberikan peruntukan dan bantuan kepada semua kelab sukan di negeri ini.

“Semua kelab taekwondo di daerah ini boleh memohon bantuan kepada KBSS untuk membiayai aktiviti atau program yang telah dirancang untuk manfaat anak-anak Sabah,” katanya.

Turut hadir Presiden Kelab Empire Taekwondo Sabah (WTF) Rusfredy Tokan Petrus dan Penaung kelab Osman Gadje.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.065910 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list