CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3044|Reply: 0

[Sabah] STB usaha mempergiat kerjasama dengan syarikat penerbangan

[Copy link]
Post time 3-3-2024 06:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 3-3-2024 10:12 AM



KUNJUNGAN: Julinus (dua kanan) bersama Menteri Pengangkutan Anthony Loke (dua kiri) ketika hadir dalam forum berkenaan.

KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang giat meneruskan kerjasama dengan syarikat penerbangan bagi meningkatkan lagi rangkaian laluan sektor pelancongan di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya,  Julinus Jeffrey Jimit baru-baru ini mengetuai rombongan STB dalam penglibatan proaktif dengan syarikat penerbangan pada Forum Laluan Asia 2024 di Langkawi.

Acara tiga hari itu memberikan STB platform berharga untuk menyusun strategi dengan pemain utama dalam industri penerbangan, termasuk syarikat penerbangan, lapangan terbang, pihak berkuasa pelancongan dan pihak berkepentingan lain.

Antara syarikat penerbangan yang terlibat ialah Scoot, AirAsia, IndiGo, Lufthansa, Turkish Airlines, Vietjet, Jetstar, HK Express dan Air India.

Pengerusi STB Datuk Joniston Bangkuai berkata, pihaknya komited untuk bekerjasama dengan semua syarikat penerbangan berkenaan.

“Penyelarasan bersama syarikat penerbangan, sama ada syarikat tempatan atau asing bagi memenuhi sasaran pasaran Sabah adalah penting untuk pertumbuhan pelancongan,” katanya.

Joniston seterusnya menekankan bahawa pendekatan strategik ini bukan sahaja meningkatkan kehadiran pelancong ke Sabah tetapi turut meningkatkan kedudukannya dalam pasaran utama.

“Selaras dengan visi ini, STB berhasrat untuk menjadikan Sabah sebagai destinasi wajib dikunjungi di rantau Asia Pasifik menerusi pendekatan proaktif ini,” katanya.

Sementara itu, Julinus menekankan fokus STB untuk meneroka pasaran baharu seperti India dan Asia Tengah.

“Kerjasama dengan syarikat penerbangan di Route Asia 2024 dilihat dapat memenuhi sasaran pelancongan di Sabah.

“Melalui perkongsian ini, STB menyasarkan untuk mengoptimumkan dan menambahbaik rangkaian laluan bagi meningkatkan kehadiran pelancong ke Sabah,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.285376 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list