CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3005|Reply: 0

[Sabah] MIDE komited bantu pasarkan produk usahawan PMKS

[Copy link]
Post time 3-3-2024 06:06 PM | Show all posts |Read mode


PRODUK: Suryady ketika melawat tapak jualan produk Indonesia yang dijual di pasaraya ini.

TAWAU: Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE) Sabah sentiasa komited membantu usahawan tempatan untuk memasarkan produk mereka sama ada di dalam dan luar negara.

Pembantu Menteri MIDE, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, setiap tahun usahawan tempatan di negeri ini akan dihantar untuk menyertai ekspo-ekspo yang dianjurkan oleh negara luar.

Katanya, usahawan tempatan seperti Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) perlu menyertai ekspo berkenaan supaya mereka dapat memperkenalkan dan memasarkan produk mereka di seluruh dunia.

“Kita mahukan produk Sabah mendapat pasaran yang lebih luas supaya usahawan-usahawan PMKS berdaya saing dan terus berkembang maju.

“Usahawan tidak boleh berpuas hati dengan kejayaan di dalam negara sahaja, tetapi perlunya produk mereka dipasarkan di negara yang mempunyai populasi penduduk ramai,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kalabakan berkata demikian selepas merasmikan ‘Indonesian Corner’ di sini hari ini. Turut hadir Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indionesia (KRI), Tawau Heni Hamidah.

Menurutnya, usahawan PMKS di negeri ini perlu sentiasa merebut peluang disediakan oleh kerajaan supaya produk yang mereka hasilkan mampu tembus ke luar negara.

“Saya cukup berbangga kerana semakin ramai rakyat di negeri ini menjadi usahawan PMKS berjaya dan mengambil peluang yang disediakan kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Suryady berkata, kerjasama pihak KRI Tawau dengan usahawan tempatan di daerah ini mewujudkan ‘Indonesian Corner’ adalah sangat bermanfaat dan positif.

Katanya, ia adalah kesempatan bagi usahawan tempatan menarik pelanggan warga Indonesia yang bekerja dan menetap di Sabah.

“Peluang ini dilihat sangat positif memandangkan jumlah rakyat Indonesia di Sabah yang ramai, selain ia juga dapat mengeratkan hubungan kedua-dua negara.

“Saya juga melihat keperluan mewujudkan ‘Sabah Corner’ di negara jiran terutamanya di Kalimantan Utara supaya produk tempatan dapat dipasarkan di Indonesia,” katanya.


RASMI: Suryady (tengah), Heni Hamidah (kiri) memotong riben simbolik perasmian Indonesian Corner.

Sementara itu, Heni Hamidah berkata, Indonesian Corner ini adalah yang pertama diwujudkan di Sabah dan telah dirancang sejak tahun lalu lagi.

Katanya, ia adalah salah satu inisiatif pihaknya untuk mempromosikan produk-produk Indonesia yang dilihat semakin diminati penduduk di sini dan sekitarnya.

“Sudah tentu inisiatif ini juga akan dapat mempertingkatkan lagi hubungan perdagangan dan ekonomi antara kedua-dua negara.

“Saya berharap ‘Sabah Corner’ yang dicadangkan di Kalimantan Utara Indonesia juga dapat direalisasikan pada masa akan datang,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.117640 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list