CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3006|Reply: 0

[Sabah] Kempen Derma Darah di Inanam sehingga 3 Mac ini

[Copy link]
Post time 3-3-2024 06:03 PM | Show all posts |Read mode


DERMA: Kempen derma darah di Kedai Runcit Jesselton Tatata Kampung Kawakan Inanam.

KOTA KINABALU: Orang ramai khususnya penduduk sekitar kawasan Menggatal dan Inanam dialu-alukan untuk menderma darah bagi dua program yang dijalankan di sini.

Presiden Persatuan Penderma Darah Sabah (Pendarah) Alix Sunggin berkata, pihak penganjur menyediakan beras lima kilogram sebagai goodies kepada penderma darah yang berjaya.

“Program pada 3 Mac ini dijalankan di Kedai Runcit Jesselton Tatata Kampung Kawakan Inanam bermula dari Jam 9 pagi hingga 4 petang.

“Program ini mendapat kerjasama dengan Persatuan Talasemia, Pendarah, POAS, Komuniti Umat Katolik (KUK) Kampung Kitobu dan Inanam, Paroki St. Catherine Inanam serta dibantu oleh Unit Transfusi Hospital Tambunan,” katanya.

Alix yang juga Presiden POAS berkata, turut diadakan program derma darah di Kokol Haven Resort Menggatal bermula jam 9:00 pagi hingga 3:00 petang 2 Mac lalu.

Katanya, kempen kali ini adalah anjuran bersama Persatuan Talasemia Sabah, Pertubuhan Orang Asal Sabah (POAS), Kokol Haven Resort dan Unit Transfusi Hospital Ranau.

Sebarang pertanyaan mengenai Program Derma Darah boleh menghubungi terus Pengerusi Penganjur Francis Mujim di talian 0114118557.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.062451 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list