CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2673|Reply: 0

[Sabah] Penerbitan buku resipi Tempasuk diharap beri inspirasi kepada daerah lain

[Copy link]
Post time 3-3-2024 05:29 PM | Show all posts |Read mode


SERAH: Vinnie (kanan) menyerahkan buku-buku kepada Fatimah.



KENANGAN: Vinnie (lapan kanan) bersama kumpulan Jelajah Dapur Trmpasuk and ahli-ahli PERKASIH merakamkan gambar kenangan ketika penyerahan buku kepada Perpustakaan Negeri Sabah.

KOTA KINABALU: Dua buah buku resipi tradisional dari Kawasan Tempasuk Kota Belud berjaya diserahkan kepada Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah, Fatimah Abdillah, baru-baru ini sebagai rekod dan simpanan perpustakaan.

Dua buku terbabit masing-masing ‘Buku 57 Resipi Kuih Tradisional Tempasuk Kota Belud Sabah - Siri 2’ dan ‘57 Recipes Traditional Delicacies Tempasuk of Kota Belud Sabah Series 1’.

Kedua-dua buku berkenaan diterbitkan oleh Persatuan Kebajikan Amal Kasih Kota Belud (PERKASIH) dan ditulis oleh Vinnie Nursyahirah.

Vinnie berkata, selepas mengambil masa selama satu tahun bagi proses penyiapan kedua-dua buku ini, akhirnya penerbitan berjaya direalisasikan sekali lagi selepas kejayaan siri pertama sebelum ini.

“Penyiapan buku siri kedua ini mengambil masa yang agak lama disebabkan kekangan masa untuk memberi fokus terhadap penulisan disebabkan tuntutan kerja hakiki yang lain.

“Dengan tekad yang tinggi akhirnya ‘Buku 57 Resipi Kuih Tradisional Tempasuk Kota Belud Sabah - Siri 2’ berjaya diterbitkan.

“Salah satu daripada buku terbabit adalah terjemahan daripada siri pertama, bagi memenuhi permintaan dari pelbagai pihak,” katanya dalam siaran media baru-baru ini.

Menurutnya, kedua-dua buku terbabit mengandungi 57 resipi masakan dan kuih tradisional daripada etnik Bajau Samah, Dusun Tindal, Iranun dan juga Rungus yang ada di kawasan Tempasuk Kota Belud.

“Saya mengucapkan terima kasih buat kumpulan Jelajah Dapur Tempasuk dan komuniti Dewan Undangan Negeri Tempasuk dengan kesungguhan mereka memberikan sokongan dan kerjasama dalam membantu saya menghimpunkan resipi-resipi kuih tradisional di kawasan masing-masing melalui Program Jelajah Dapur Tempasuk sejak 2021 sehingga 2023.

“Terima kasih diucapkan buat Penasihat Akademik siri pertama, Datuk Maimunah Suhaibul dan Penasihat Akademik siri kedua pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ester Lazarus dengan pandangan dan bimbingan,” katanya.

Beliau berkata, penyunting utama bagi kedua-dua buku ini ialah Maslijan Abdul Rasad dari Dewan Bahasa dan Pustaka Negeri Sabah, yang banyak membimbingnya bersama Farawati Sabli untuk menerbitkan buku berkenaan.

Katanya, penerbitan buku ini juga memberikan ruang kepada anak-anak muda dan graduan untuk berkarya dengan menghasilkan gambar-gambar menarik.

Sebagai rekod, sebahagian daripada jualan buku-buku ini akan disalurkan ke tabung kebajikan persatuan bagi membantu golongan yang memerlukan serta menampung kerja amal.

“Saya juga berharap agar buku ini memberikan inspirasi kepada daerah lain untuk membukukan resipi masakan tradisional yang ada di kawasan masing-masing.

“Dengan adanya buku-buku terbitan yang memaparkan kepelbagaian dan keunikan seni masakan warisan turun-temurun yang ada di Sabah, kita mampu memperkenal, mempromosi dan seterusnya mengangkat martabat budaya kita melalui seni masakan.

“Pendokumentasian buku ini dalam bentuk buku resipi juga akan membantu memelihara dan melestarikan seni masakan tradisi untuk warisan dan memberi manfaat sebagai bahan rujukan dan panduan,” katanya.

Tambahnya, makanan menggambarkan budaya dan identiti sesebuah masyarakat, oleh itu usaha bersama dalam mengenali, memperkenalkan dan memartabatkan masakan tradisional perlu dilaksana sebagai warisan kepada generasi pada masa akan datang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.233395 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list