CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2792|Reply: 0

[Sabah] Maritim Malaysia rampas 300 karton minuman keras tidak bercukai

[Copy link]
Post time 3-3-2024 05:27 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Rampasan minuman keras di dalam bot kayu terbabit.

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Labuan berjaya menggagalkan cubaan menyeludup minuman keras tidak bercukai dalam satu operasi di perairan Menumbok.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, pasukan serbuan turut menahan sebuah bot kayu serta sebuah lori kargo dan merampas 300 karton minuman keras dalam operasi terbabit.

“Bertindak dengan maklumat perisikan, bot peronda Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan yang menjalankan Ops Khas mengesan pergerakan sebuah bot yang bergerak laju di timur laut Pulau Belangkasan menuju ke Muara Sungai Sarap, Menumbok kira-kira jam 3.30 pagi.

“Dalam keadaan bergelap, bot peronda Maritim Malaysia bertindak mengekori bot pancung terbabit sehingga ke tebing Sungai Sarap dan mendapati bot berkenaan sedang menjalankan aktiviti pemunggahan barang ke lori kargo,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, ketika serbuan dibuat, kesemua suspek bertindak melarikan diri ke kawasan paya bakau berhampiran dan meninggalkan bot, lori kargo serta muatan yang dipunggah.

“Pasukan kita bagaimanapun gagal menjejaki suspek yang berada di lokasi pemunggahan gagal berikutan keadaan gelap dan kawasan berpaya.

“Hasil pemeriksaan selanjutnya mendapati muatan itu adalah minuman keras tidak bercukai pelbagai jenama dan dianggarkan kira-kira 300 karton dipercayai cuba diseludup masuk dari Pulau Labuan.

“Bot kayu bersama enjin dan lori kargo terbabit bersama barangan rampasan yang dianggarkan keseluruhan bernilai lebih RM350 ribu kemudian diiring ke Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 (JPDS) kerana membawa barang-barang tidak bercukai dan menggunakan bot tidak berdaftar.

“Susulan kes rampasan berkenaan, Maritim Malaysia akan mempertingkatkan rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan komuniti setempat mematuhi peruntukan undang-undang di zon maritim negara.

“Orang ramai boleh membuat aduan kecemasan dan menyalurkan maklumat jenayah di sekitar perairan Kota Kinabalu ke Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan di talian 088-387 774 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.071465 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list