CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3802|Reply: 0

[Pulau Pinang] 19,799 murid di Pulau Pinang terima zakat bantuan peralatan sekolah

[Copy link]
Post time 3-3-2024 03:52 PM | Show all posts |Read mode
19,799 murid di Pulau Pinang terima zakat bantuan peralatan sekolah


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Mac 3, 2024 @ 3:34pm  bhnews@bh.com.my




Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Mohamad Abdul Hamid (dua dari kanan) melihat proses penebusan bantuan persekolahan ZZP hanya menggunakan kad pengenalan tanpa tunai pada Majlis Pelancaran Skim Agihan Zakat Pakaian Seragam “Back To School” - Foto NSTP/DANIAL SAAD




BAYAN LEPAS: Seramai 19,799 murid di Pulau Pinang layak menerima Skim Zakat Pakaian Seragam Kembali ke Sekolah yang telah diagihkan Zakat Pulau Pinang (ZPP) bermula hari ini membabitkan peruntukan berjumlah RM3 juta.

Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Zakat Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, berkata sejumlah 12,928 penerima daripada 160 sekolah di negeri itu telah memohon melalui sekolah masing-masing.

Beliau berkata, baki permohonan selebihnya membabitkan 6,871 murid diterima melalui 40 Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN), Pegawai Penyelaras Kadun (PPK), Ahli Lembaga Pengarah ZPP dan Ahli Majlis Agama Islam (MAINPP).

"Penyaluran agihan skim ini adalah melalui penebusan tanpa tunai melibatkan 20 outlet yang dilantik ZPP dengan hanya menggunakan kad pengenalan penerima dengan penebusan RM150 bagi setiap mereka boleh dilakukan sehingga 31 Mac ini.

"Skim itu meliputi pembelian keperluan seperti pakaian sekolah, pakaian unit beruniform, pakaian sukan, beg sekolah, kasut, alat tulis dan sebagainya menjelang permulaan sesi baharu persekolahan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad yang juga Exco Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang dalam pada itu turut menolak dakwaan kononnya agihan zakat yang dilaksanakan di negeri ini telah meminggirkan golongan asnaf di kawasan pembangkang.

Menurutnya, ZPP adalah agensi pengurusan profesional di bawah MAINPP dengan semua keputusan berhubung agihan zakat diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah ZPP bagi memastikan tiada pihak ketinggalan dalam agihan zakat yang disediakan selama ini.

Beliau berkata, secara umum PPK telah membantu mendaftar 2,200 murid asnaf di 11 kawasan pembangkang dan jumlah sebenarnya jauh lebih besar jika diambil kira mereka yang memohon melalui 160 buah sekolah.

"Ini meliputi Daerah Timur Laut sebanyak 31 buah sekolah, Barat Daya (22) Seberang Perai Utara (46) Seberang Perai Selatan (21) Seberang Perai Tengah (34) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (6).

"Ini sekali gus menolak tohmahan dan fitnah Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Muhamad Fauzi Yusof, kononnya saya mengarahkan ZPP untuk menafikan hak asnaf di kawasan pembangkang.

"Seperti saya tegaskan sebelum ini, hanya semata-mata, agihan tidak dibuat

melalui wakil pembangkang, bukan bermakna asnaf di kawasan berkenaan dinafikan hak mereka," katanya menambah kira-kira 40,000 orang disenaraikan menerima pelbagai skim bantuan zakat di seluruh Pulau Pinang setakat ini.

Sementara itu bagi Mohd Sofian Ramli, 40, dan isterinya Mahani Mohd Amin, 40, meskipun hanya menerima bantuan untuk seorang anak lelaki berusia 13 tahun, mereka turut membawa dua lagi anak berusia 10 dan lapan tahun untuk berkongsi menggunakan baucar bantuan tersebut.

"Kami dapat beli lima barang termasuk tiga helai kemeja untuk setiap seorang termasuk anak perempuan yang baru dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang juga perlu memakai kemeja pada sesi persekolahan kali ini.

"Selain itu kami dapat beli seluar panjang dan sepasang kasut serta stokin. Alhamdulillah dapat beli lebih awal sebab saya rancang dapat gaji minggu depan baru boleh bawa anak-anak cari kelengkapan sekolah yang diperlukan," katanya yang bekerja sebagai penghantar barang.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.062889 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list