CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6453|Reply: 0

Azizulhasni 'laku keras' di Australia

[Copy link]
Post time 3-3-2024 01:48 PM | Show all posts |Read mode

AZIZULHASNI meraih gangsa acara keirin di Kejohanan Kebangsaan Trek Berbasikal Australia 2024 di Velodrom Anna Meares Brisbane, Australia semalam. FOTO AZIZULHASNI AWANG

Kuala Lumpur: Kelibat jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang tampaknya ditagih banyak negara yang ingin mahu dia terus berkayuh selepas mengumumkan akan bersara selepas tamatnya temasya Olimpik Paris 2024.

Terdahulu, Azizulhasni meraih pingat gangsa acara keirin di Kejohanan Kebangsaan Trek Berbasikal Australia 2024 di Velodrom Anna Meares Brisbane, Australia semalam berkata dia sudah dilamar pasukan negeri Victoria di Australia untuk mewakili pasukan berkenaan selepas bersara.

Perkara itu dikongsikan Azizulhasni selepas menamatkan saingan dalam acara keirin di Kejohanan Kebangsaan Australia semalam.

"Saya dipelawa oleh pasukan negeri Victoria untuk mewakili pasukan mereka bila saya bersara dari pasukan kebangsaan Malaysia selepas Olimpik Paris nanti. Boleh difikirkan.

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Australian Cycling @auscyclingaus kerana membenarkan saya untuk berlumba di kejohanan kebangsaan mereka (biasanya mana-mana negara tidak membenarkan negara lain untuk berlumba di kejohanan kebangsaan mereka) dan saya terharu kerana kehadiran saya di sini di alu-alukan oleh semua orang," katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, semalam.

Dalam saingan itu, pingat emas dimenangi pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022, Matthew Richardson manakala Matthew Glaetzer meraih perak.

"Alhamdulillah syukur saya mendapat pingat gangsa dalam acara keirin di kejohanan kebangsaan Australia 2024. Perlumbaan peringkat akhir tadi sangat laju dengan catatan masa 9.57 saat (s) untuk 200 meter terakhir.

"Selepas perlumbaan Piala Negara-Negara di Adelaide tempoh hari, saya dinasihatkan oleh doktor untuk berehat selama tiga minggu oleh kerana masalah pericarditis yang saya alami.

"Tidak banyak latihan yang saya dapat lakukan dan hanya latihan ringan sahaja selama fasa tersebut.

"Namun oleh kerana memikirkan Sukan Olimpik Paris hanya berbaki lebih kurang lima bulan sahaja lagi, saya memilih untuk hadir juga ke perlumbaan ini bagi melihat keadaan prestasi semasa dan juga sebagai pentas untuk latihan perlumbaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -keras-di-australia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.055949 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list