CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8459|Reply: 0

[Kelantan] 'Harap Attar Azim kuat, tabah terima 4 ahli keluarganya sudah tiada

[Copy link]
Post time 3-3-2024 11:21 AM | Show all posts |Read mode

ATTAR (kanan) terselamat dalam nahas yang meragut nyawa kesemua ahli keluarganya. FOTO IHSAN KELUARGA

Kuala Krai: "Sebaik siap urusan bedah siasat, saya akan memberitahu Attar Azim situasi sebenar yang berlaku. Saya harap dia kuat dan tabah menerimanya," kata Hisham Ab Hamid.

Hisham, 47, adalah bapa saudara kepada Attar Azim Syukran Jamil, 9, iaitu satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kemalangan yang mengorbankan empat ahli keluarganya dalam kemalangan di Kilometer 76.5 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Pahi, tengah hari semalam.

Menurutnya, dia akan meminta kebenaran pihak pengurusan hospital bagi membawa turun Attar Azim menggunakan kerusi roda untuk menatap wajah arwah ibu, ayah serta dua adiknya buat kali terakhir.

"Attar Azim masih perlu dirawat di hospital untuk menjalani rawatan dan dia ditemani nenek serta datuk sebelah arwah ibunya sejak dimasukkan ke dalam pada petang semalam.



"Saya berharap agar Attar Azim diberi kekuatan untuk menerima apa yang berlaku kerana dalam sekelip mata menjadi yatim piatu, namun kami semua akan menjaga serta menyayanginya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bercerita lanjut, Hisham berkata, arwah adiknya, Syukran Jamil Ab Hamid, 35, bersama isteri, Noor Aishah Razali, 35, serta tiga anak mereka dalam perjalanan pulang ke Perak selepas bercuti ke rumah keluarga mentuanya.

"Sepatutnya pada hari ini, kami sekeluarga berkonvoi ke Meru, Klang untuk menghadiri majlis kenduri saudara," katanya.

Menurutnya, arwah adiknya seorang yang periang dan tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap sehinggalah dimaklumkan mereka sekeluarga terbabit dalam kemalangan.

"Sebaik mengetahui kejadian yang berlaku, kami sekeluarga bergegas ke Hospital Sultan Ismail Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

"Kami akan membawa jenazah arwah adik, isteri serta dua anaknya untuk dikebumikan di Felda Trolak, Perak," katanya.

Semalam dilaporkan pasangan suami isteri dan dua anak mereka maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 76.5 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Pahi, semalam.

Dalam kejadian pada 1.40 tengah hari itu, pasangan suami isteri dan anak mereka yang maut di lokasi kemalangan ialah Syukran Jamil Ab Hamid, 35; Noor Aishah Razali, 35, dan Lufya Adeena Syukran Jamil berusia setahun.

Seorang lagi anak mereka, Ahya Rafiqi Syukran Jamil, 6, meninggal dunia pada 3.15 petang semalam ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... arganya-sudah-tiada

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.065574 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list