CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20753|Reply: 0

[Sabah] Tangani isu perbezaan dalam pendidikan dan kemahiran

[Copy link]
Post time 2-3-2024 11:24 PM | Show all posts |Read mode


DARELL



YONG

KOTA KINABALU: Kerajaan diminta untuk berusaha mengatasi isu perbezaan yang wujud dalam pendidikan serta kemahiran khususnya sektor tenaga kerja negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog Datuk Darell Leiking berkata, kewujudan jurang perbezaan itu membawa cabaran kepada pembangunan holistik dan daya saing tenaga kerja tempatan.

“Jurang sedia ada dalam pendidikan dan kemahiran bukan sahaja menghalang kejayaan individu, tetapi juga kemajuan sosio ekonomi keseluruhan negeri.
"Tenaga kerja mahir serta berpendidikan adalah tunjang pembangunan mampan dan kemakmuran ekonomi.

“Kerajaan negeri digesa mengambil langkah segera bagi menangani kelemahan dalam sistem pendidikan, seperti yang dibuktikan oleh Laporan Tinjauan Tenaga Buruh 2022 iaitu hanya 20.6 peratus daripada 1,856,500 pekerja di Sabah menerima pendidikan pasca menengah.

“Lebih membimbangkan, 45.5 peratus daripada jumlah itu hanya bersekolah diperingkat sekolah menengah sahaja, 23.4 peratus menerima pendidikan sekolah rendah dan 10.5 peratus tidak mempunyai pendidikan formal,” katanya.

Sementara itu, Pembantunya Yong Tain Vui berkata, perbezaan ketara dalam pencapaian pendidikan diantara kawasan bandar dan luar bandar menunjukkan trend yang membimbangkan.

“Kebanyakkan graduan memperoleh pekerjaan di sekitar bandar, manakala terdapat rakyat Sabah yang berada di luar bandar hanya mempunyai pendidikan rendah, sekali gus mereka hanya terhad kepada pasaran pekerjaan berkemahiran rendah.

“Perbezaan ini dijejaskan lagi dengan jurang pendapatan, sekali gus mampu menimbulkan ancaman besar kepada keseluruhan pertumbuhan ekonomi Sabah,” katanya.

Beliau berkata, antara faktor penyumbang kepada kadar pengangguran yang tinggi di Sabah ialah pencapaian pendidikan.

Katanya, daripada jumlah keseluruhan 151,500 individu yang menganggur di Sabah, 78.4 peratus adalah dalam kalangan tidak berpendidikan.

“Kerajaan kini perlu mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan sistem pendidikan, khususnya untuk generasi akan datang.

“Dalam pentadbiran lepas, penubuhan Kementerian Pelajaran dan Inovasi Negeri menunjukkan peralihan ke arah desentralisasi daripada Kerajaan Persekutuan," katanya.

Darell berkata, memandangkan Sabah dianggap negeri termiskin di Malaysia, pelaburan dalam memperkasakan kemahiran dalam kalangan tenaga kerja tempatan perlu menjadi keutamaan.

“Permintaan pasaran buruh yang semakin berkembang, khususnya berkaitan pelaburan asing, menekankan keperluan mendesak untuk rakyat Sabah yang perlu dilengkapi dengan kemahiran membolehkan mereka bersaing secara berkesan dan bekerja dalam syarikat multinasional.

“Kerajaan perlu merangka strategi menyeluruh untuk cabaran pendidikan yang dihadapi oleh rakyat Sabah yang bekerja.

“Pelaburan besar juga perlu dibuat dalam inisiatif pembangunan kemahiran dan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), dalam memperkasakan rakyat Sabah untuk mengguna pakai teknologi moden dan maju, sekali gus merapatkan jurang pendidikan sedia ada,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.056863 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list