CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19297|Reply: 0

[Sabah] Lawatan IPD Keningau dedah kesedaran jenayah anti buli kepada pelajar

[Copy link]
Post time 2-3-2024 11:19 PM | Show all posts |Read mode
KENINGAU: Kunjungan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau ke Kolej Vokasional Keningau mendedahkan kesedaran jenayah termasuk kegiatan buli dalam kalangan pelajar.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, kesedaran disampaikan melalui ceramah yang diberikan kepada siswa dan siswi kolej terbabit.

Katanya, Kempen Anti Buli dan Pencegahan Kekerasan Jenayah turut dilancar selepas ceramah disampaikan.

“PDRM amat prihatin tentang permasalahan sosial, salah laku dan jenayah dalam kalangan para pelajar sekolah berikutan perbuatan ini kadang kala turut berlaku di luar kawasan kolej termasuk di rumah-rumah terbiar, padang permainan ataupun di tempat-tempat bukan tumpuan orang ramai.

“Sudah menjadi tanggungjawab PDRM untuk sentiasa membuat rondaan dan pemantauan di luar kawasan kolej selain sentiasa memberi ingatan dan kesedaran kepada para pelajar tentang pentingnya mematuhi undang-undang melalui program seumpama.

“Program ini juga seiring usaha mewujudkan komunikasi berterusan antara PDRM dengan pihak sekolah,” katanya.

Beliau juga mengingatkan bahawa perbuatan buli dalam kalangan pelajar sekolah adalah kesalahan juvana dan pesalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Mahkamah Juvana 1947.

Menurutnya, semua warga kolej juga perlu memainkan peranan penting dalam membantu mencegah gejala buli ini termasuklah majlis perwakilan pelajar (mpp), pengawas, pembimbing rakan sebaya (prs) dan pengawas asrama.

“Badan-badan kepimpinan di kolej ini sangat membantu guru dalam mengawal dan mencegah pelajar daripada melakukan kesalahan termasuklah buli kerana mangsa buli dan pembuli berada rapat dengan badan kepimpinan kolej.

“Oleh itu, menjadi tanggungjawab badan kepimpinan kolej ini untuk melaporkan sebarang kesalahan disiplin seperti buli kepada guru dengan segera.

“Pada masa sama kita harapkan agar pelajar tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya melihat perbuatan buli dan memaklumkan kepada pihak berkaitan,” katanya.

Dalam pada itu, pihak sekolah merakamkan penghargaan dan berterima kasih dengan keprihatinan pihak polis yang sentiasa mesra dalam membantu pentadbiran pihak sekolah mendidik para pelajar dengan lebih berdisiplin dan bermoral.

Tambahnya, usaha ini juga diiringi dengan tindakan pihak sekolah yang sentiasa berhubung dengan PPS dari semasa ke semasa.


LAWATAN: Yampil merakamkan gambar kenangan bersama semasa program terbabit.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.223373 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list