CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8039|Reply: 0

[Kelantan] Kelantan bakal wujud dua stesen minyak tanpa subsidi

[Copy link]
Post time 2-3-2024 06:52 PM | Show all posts |Read mode
Kelantan bakal wujud dua stesen minyak tanpa subsidi


Nor Amalina Alias
am@hmetro.com.my



GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP




Bachok: Bagi mengelakkan ketirisan petrol ke negara jiran, Kelantan bakal mewujudkan dua stesen minyak tanpa subsidi tidak lama lagi.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, dua stesen itu akan dibuka di daerah Rantau Panjang dan Jeli.

Katanya, dengan adanya stesen berkenaan, semua kenderaan asing tidak boleh mengisi minyak di stesen lain kecuali stesen minyak tanpa subsidi.

"Kita sedang tunggu keputusan pihak Kementerian Kewangan untuk kelulusan.

"Stesen minyak tanpa subsidi ini sudah dibuat di Padang Besar, Perlis," katanya ketika ditemui selepas merasmikan kedai minyak wangi, Raja Perfume cawangan ke empat di Jelawat, di sini, hari ini.

Hadir sama, pengasas Raja Perfume, Wan Mohd Rahimie Syazerin Ab Rahim.

Azman berkata, di Jeli, stesen minyak berkenaan sudah dilaksanakan namun belum ditukar kepada bukan subsidi.

Katanya, tindakan ini bagi mengatasi masalah penyelewengan bahan bakar itu di kawasan sempadan dan menempatkan kenderaan asing mengisi minyak di stesen terpilih.

Dalam perkembangan lain, Azman berkata, pihak KPDN terus komited melaksanakan program jualan rahmah di seluruh negeri bagi memberi kemudahan kepada rakyat membuat pembelian keperluan harian dengan harga lebih rendah.

Katanya, ini termasuk jualan rahmah bersama syarikat pakaian sekolah jenama Canggih yang memberi diskaun sehingga 30 peratus.

"Sepanjang Ramadan nanti, kita juga akan buka Bazaar Ramadan Rahmah membabitkan 80 gerai di Perkarangan Pasaraya Mydin, Tunjung.

"Dalam tempoh itu, kita akan beri RM20 kepada 1,000 pengunjung terawal bagi enam tarikh terpilih sepanjang sebulan Ramadan dengan menggalakkan pembelian secara e-wallet tanpa tunai," katanya.

Azman turut memaklumkan pihak KPDN merekodkan 40 kes tangkapan membabitkan sitaan RM799, 703.40 bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini.

Katanya, operasi membabitkan pemeriksaan ke atas 384 premis di bawah Operasi Khas Ops Tiris 3.0 dan pemeriksaan ke atas 2,814 kenderaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (IQCS).

Disiarkan pada: Mac 2, 2024 @ 6:42pm







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 2.459504 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list