CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8166|Reply: 0

[Johor] Bazar Ramadan berisiko menyumbang peningkatan kes denggi

[Copy link]
Post time 2-3-2024 03:16 PM | Show all posts |Read mode

Dr. Mohtar melawat booth pameran sempena Majlis Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2024 Peringkat Negeri Johor di Subway Big Box Retail Park, Iskandar Puteri

ISKANDAR PUTERI – Penganjur dan peniaga bazar Ramadan di negeri ini diingatkan supaya sentiasa menitikberatkan isu penjagaan kebersihan yang dikhuatiri berisiko menyumbang kepada peningkatan kes denggi.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Mohtar Pungut@ahmad berkata, longgokan sampah dan bekas sisa makanan perlu diuruskan dengan baik supaya tidak menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes.

Katanya, penduduk setempat juga perlu main peranan dan bersama-sama menjaga kebersihan di tempat tinggal dan kawasan sekeliling membantu membasmi kes denggi.

“Jika kita lihat, trend (peningkatan kes jangkitan demam denggi) dalam tempoh awal tahun ini, memang lebih tinggi berbanding sebelum ini.

“Justeru, seluruh masyarakat perlu sama-sama menjaga kebersihan di kawasan kita, kadang-kadang kita nampak tempat kawasan sekitar kita bersih tetapi rupa-rupanya ada air poket di sampah-sampah dan tempat yang bertakung,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2024 Peringkat Negeri Johor di Sunway Big Box Retail Park, di sini hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, kumulatif kes denggi di Johor mencatatkan peningkatan 157 peratus pada minggu epid ke 07/2024 tahun ini dengan 2,555 kes direkodkan, berbanding 994 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Daerah yang mencatatkan kes tertinggi bagi pada Minggu Epid 07/2024 adalah Johor Bahru iaitu sebanyak 320 kes.

Mengulas lanjut, Dr. Mohtar berkata, antara penyumbang lain peningkatan wabak denggi ini didorong oleh banyak faktor termasuk pergerakan manusia selain faktor cuaca.

Katanya, pembiakan nyamuk aedes ini hanya memerlukan satu sudu air jernih sudah mencukupi untuk membiak dengan pantas dalam tempoh seminggu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... ngkatan-kes-denggi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.126788 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list