CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6434|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Seludup hidupan liar dilindungi dalam kotak 'buah tangan' dari Malaysia

[Copy link]
Post time 2-3-2024 11:58 AM | Show all posts |Read mode

Burung Sewah Tahu yang ditemui cuba diseludup dengan disorokkan di dalam batang paip PVC.

KUALA LUMPUR: Sumbat burung dalam paip polivinil klorida (PVC) sebelum dimasukkan ke dalam kotak kononnya berisi 'buah tangan' dari Malaysia.

Itu taktik digunakan lelaki warga Indonesia yang cuba menyeludup unggas liar dilindungi melalui Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2), tengah hari kelmarin.

Ketua Pengarah PERHILITAN Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, tindakan suspek bagaimanapun berjaya dihalang sepasukan pegawainya dibantu polis bantuan KLIA2.

Menurutnya, pegawainya menjalankan pemeriksaan bagasi milik suspek yang mencurigakan.



"Hasil pemeriksaan lanjut pada kotak dibawa menemui tiga burung sewah tahu yang disembunyikan di dalam tiga batang paip PVC.

"Susulan itu seorang lelaki warga Indonesia berusia 50-an ditahan untuk soal siasat. Suspek kemudian ditahan reman dan kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686].

Pada 22 Februari lalu, seorang lelaki tempatan turut ditahan ketika cuba menyeludup tiga kura-kura spesies Sulcata berasal dari Afrika Utara melalui KLIA.

Suspek berusia 50-an ditahan selepas disyaki cuba menyeludup tiga kura-kura yang disembunyikan di dalam tiga kotak berasingan.

Berdasarkan maklumat kura-kura Sulcata adalah kura-kura ketiga terbesar di dunia. Haiwan ini berasal dari pinggir gurun di Afrika dan mampu hidup sehingga 100 tahun.
https://www.bharian.com.my/berit ... ak-buah-tangan-dari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.107442 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list