CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6041|Reply: 0

[Selangor] Ratusan ikan mati di perangkap sampah akibat pencemaran minyak kelapa

[Copy link]
Post time 2-3-2024 11:51 AM | Show all posts |Read mode

KAKITANGAN Luas melakukan kerja-kerja pembersihan susulan insiden pengesanan minyak kelapa di Sungai Kundang, sejak semalam. FOTO Ihsan FB Luas

Shah Alam: Kerja-kerja pembersihan susulan insiden pengesanan minyak kelapa di Sungai Kundang semalam, masih diteruskan hari ini.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata, setakat jam 9 pagi ini pihaknya membuat pemantauan rapi supaya pembersihan dilakukan sehingga selesai dan tiada potensi serta risiko kepada pencemaran.

"Kerja pembersihan di dalam premis terlibat dan jajaran Sungai Kundang yang terkesan berhampiran kawasan tanah perkuburan Kundang selesai, antara jam 6 petang hingga 8 malam semalam.

"Kini, kerja pembersihan tertumpu di longkang luar premis pada tahap 50 peratus yang masih terdapat sisa aliran tercemar," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.



LUAS berkata, pihaknya turut mendapati terdapat longgokan ikan mati di perangkap sampah Sungai Kundang, kesan daripada aliran minyak terkumpul.

Susulan itu, sebanyak 33 guni ikan sudah dibersihkan dan dikeluarkan serta kerja pembersihan pada tahap 70 peratus.

"Pemantauan statik setiap 30 minit di Sungai Sembah sehingga jam 8.30 pagi menunjukkan bacaan bau dan keadaan aliran sungai yang normal serta tiada kesan minyak ditemui.

"Keadaan semasa adalah baik dan terkawal," katanya.

Terdahulu, agensi itu mengesan kesan dan bau seakan minyak kelapa ketika melakukan rondaan dan pemantauan di Sungai Kundang, jam 11 pagi semalam.

Berikutan itu, Kod Kuning mengikut Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air diaktifkan untuk tindakan siasatan menyeluruh serta mitigasi segera.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... maran-minyak-kelapa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.048063 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list