CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4783|Reply: 0

Guardiola tetap tabik Man United, Ten Hag

[Copy link]
Post time 2-3-2024 11:27 AM | Show all posts |Read mode

GUARDIOLA akan menguji barisan pemain bimbingan Ten Hag. FOTO AFP

London: Pep Guardiola berkata beliau menjangkakan aksi terbaik daripada Manchester United walaupun Manchester City akan memulakan pertembungan seteru setempat esok sebagai pasukan pilihan untuk meluaskan penguasaan mereka.

City sudah memenangi lima daripada enam perlawanan terakhir mereka menentang United dalam semua pertandingan dan berada 15 mata di hadapan lawan mereka itu di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tetapi Guardiola, yang pasukannya memburu gelaran treble kali kedua berturut-turut berkata, beliau tidak akan mengambil mudah cabaran daripada United.

"Saya menjangkakan aksi terbaik daripada United, tetapi saya tidak bercakap mengenai apa yang bakal mereka lakukan, mengenai lawan yang amat saya hormati.

"Saya tidak mahu orang salah faham dengan kata-kata saya.

"Saya mengenali dan sangat menghormati United, Erik (ten Hag) serta barisan pemain mereka. Saya akan melihat apa yang boleh kami lakukan," kata Guardiola.

Guardiola berkata walaupun United mengharungi musim yang mengecewakan, mereka masih mampu memberikan ancaman.

"Apabila mereka bermain dengan baik, mereka akan memenangi perlawanan, apabila mereka OK, tidak berdepan tekanan, mereka boleh memenangi perlawanan.

"Kita sudah berada pada bulan Mac 2024 dan mereka tewas hanya satu perlawanan iaitu minggu lalu di laman sendiri (menentang Fulham)," katanya.

Guardiola ditanya sama ada penguasaan City dalam perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan menggambarkan peralihan dominasi di Manchester sejak sedekad lalu.

"1980-an adalah Liverpool, 90-an adalah United dan kini kami selepas memenangi tujuh gelaran Liga Perdana.

"Dalam 50 atau 60 tahun, tidak pernah ada dalam satu negara satu kelab yang menguasai segala-galanya. Kami seboleh-bolehnya mahu meneruskan prestasi ini selama bertahun-tahun lagi," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -man-united-ten-hag
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.047632 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list