CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27027|Reply: 0

[Sabah] Seminar Ekspedisi Saintifik berjaya capai objektif penganjuran

[Copy link]
Post time 1-3-2024 06:10 PM | Show all posts |Read mode


SEMINAR: Para peserta Seminar Ekspedisi Saintifik Sungai Rawog 2.0 merakamkan kenangan bersama tetamu jemputan pada majlis itu. Turut kelihatan Frederick (duduk, tengah), Wong Kee Mee (duduk, dua kanan), Collin (duduk, kanan) dan Arthur (duduk, dua kiri).

KOTA KINABALU: Kumpulan Syarikat KTS akan menubuhkan Kursi Akademik di Fakulti Perhutanan Tropika Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dijangka bermula pada suku kedua tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS Dato Henry Lau Lee Kong berkata, penubuhan Kerusi Akademik itu kini dalam peringkat akhir perbincangan.

Katanya, ia adalah langkah pihak KTS dalam mengukuhkan semula komitmen syarikat terhadap inisiatif penyelidikan dan pendidikan terutama melibatkan usaha pemuliharaan dan pengurusan hutan lestari.

Menurutnya, usaha itu dilaksanakan selepas KTS melalui anak syarikatnya KTS Plantation Sdn Bhd memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) tiga pihak dengan UMS dan Jabatan Perhutanan Negeri Sabah untuk menjalankan penyelidikan dalam pelbagai aspek pengurusan hutan lestari dan menyokong pendidikan  bidang perhutanan pada masa hadapan.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Seminar Ekspedisi Saintifik Sungai Rawog 2.0 anjuran bersama KTS Plantation Sdn Bhd dan Jabatan Perhutanan Negeri Sabah di sini hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Ketua Konservator Hutan Sabah Datuk Frederick Kugan. Teks ucapan Henry dibacakan oleh Pengarah KTS Plantation Sdn Bhd Wong Kee Mee yang mewakili beliau pada majlis itu.

Sementara itu Henry berkata, penganjuran seminar berkenaan  bertujuan menyampaikan hasil dapatan ekspedisi saintifik kepada pelbagai pihak berkepentingan dan masyarakat hutan secara amnya.

"Data daripada ekspedisi ini menunjukkan Hutan Simpan Segaliud Lokan di Sandakan mempunyai populasi dan kepelbagaian spesis hidupan liar yang tinggi berbanding dengan kawasan hutan pengeluaran lain serta hutan pemuliharaan di Sabah.

"Ini turut membuktikan strategi amalan pengurusan hutan berpandukan pendekatan berasaskan sains mendorong syarikat kami untuk melangkah lebih jauh bersama komuniti saintifik.

"Lebih sedekad kita melihat industri hutan berkembang daripada industri konvensional kepada industri kompleks yang mencabar prinsip pengurusan hutan lestari.  Ini menunjukkan kemerosotan sumber hutan bagi flora dan fauna," jelasnya.

Menurutnya, industri hutan di negara maju seperti Kanada dan New Zealand menunjukkan bidang sains berjaya membawa  industri hutan mereka melalui tempoh yang sukar sebelum menjadi negara contoh kepada negara lain di dunia dalam aspek pengurusan hutan lestari.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 200 peserta dari pelbagai organisasi dan agensi  di Sabah menyertai Seminar Ekspedisi Saintifik Kawasan Konservasi Sungai Rawog versi 2.0.

Katanya, seminar itu berfungsi sebagai platform untuk menyebarkan perbandingan dan hasil tambahan kajian daripada ekspedisi yang diadakan pada September 2023.
"Sebanyak 19 kertas kerja secara lisan dan 17 poster dibentangkan melibatkan ekosistem hutan di Sungai Rawog, sains fizikal, kepelbagaian tumbuhan dan hidupan liar serta potensi pelancongan.

"Maklumat yang dikompilasikan daripada seminar ini akan digunakan sebagai garis panduan untuk mempertingkatkan lagi kawasan pemuliharaan sekali gus akan menyumbang ke arah rancangan masa depan di kawasan berkenaan," jelasnya.

Katanya, Kawasan Pemuliharaan Sungai Rawog meliputi kawasan seluas 3,118 hektar (ha) di sepanjang lembah Sungai Rawog yang berfungsi sebagai koridor hidupan liar menghubungkan Deramakot Forest Reserve dan IOI Sdn. Bhd.

Beliau berkata, kawasan rizab itu diuruskan oleh KTS Plantation Sdn Bhd sejak 1993 dan kini diuruskan berdasarkan kepada prinsip Perjanjian Lesen Pengurusan Hutan Lestari (SFMLA) dengan Kerajaan Negeri Sabah.

"Matlamat utamanya adalah untuk memastikan sumber kayu dapat dikekalkan berdasarkan asas hasil mampan, dengan komitmen untuk melindungi sumber asli serta  kepelbagaian biologi hutan semula jadi.

"Selain itu, piawaian yang tinggi terhadap amalan pengurusan hutan adalah penting untuk memastikan operasi hutan seperti pemuliharaan hutan dan penuaian kayu adalah sepadan dengan kepelbagaian populasi hidupan liar yang terdapat di rizab ini," katanya.

Turut hadir, Pengurus Operasi Kawasan Sabah KTS Plantation Sdn Bhd Collin Goh dan Timbalan Ketua Konservator Hutan (Penyelidikan dan Pembangunan) Dr. Arthur Chung.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.064383 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list