CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15460|Reply: 0

[Sabah] Lapan program utama KUSKOP bantu usahawan B40 Sabah tahun lalu

[Copy link]
Post time 1-3-2024 06:04 PM | Show all posts |Read mode


EWON

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah melaksanakan lapan program utama sepanjang tahun lalu bagi membantu usahawan muda golongan B40 di Sabah.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, semua program berkenaan dilaksanakan kementerian dan agensi-agensi di bawah KUSKOP.

Katanya, ia termasuklah SME Corp, TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), SME Bank, Bank Rakyat dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Program Peningkatan Enterprise Bumiputera (BEEP) Plus Sabah oleh SME Corp disediakan khusus untuk perusahaan mikro Bumiputera Sabah dan 67 permohonan melibatkan geran sebanyak RM5.5 juta telah diluluskan.

“Manakala di bawah Program BEEP sedia ada, sejumlah 15 usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Bumiputera Sabah telah mendapat kelulusan geran bernilai RM3.6 juta,” katanya.

Menurutnya, program Tunas Usahawan Belia Bumiputera oleh SME Corp telah memberi manfaat kepada seramai 244 orang usahawan belia Bumiputera di Sabah dengan kelulusan geran sebanyak RM3.7 juta.

“Skim Pembiayaan Usahawan Tamu di bawah TEKUN Nasional telah memberi manfaat kepada seramai 608 orang penjaja dan peniaga kecil di Sabah dengan nilai pembiayaan sebanyak RM2.43 juta.

“Bagi usahawan muda pula, TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM645,000 kepada 45 orang usahawan belia di Sabah di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Belia,” katanya.

Beliau berkata, Skim Pembiayaan Ikhtiar i-MUDA oleh AIM telah memberi manfaat kepada seramai 14,905 usahawan muda di Sabah dengan nilai pembiayaan sebanyak RM90.27 juta pada tahun 2023.

Katanya, INSKEN yang telah membuka Pejabat Cawangan di Sabah pada Mei tahun lepas juga telah melaksanakan sebanyak 31 program melibatkan seramai 1,681 usahawan di Sabah.

“Program i-TEKAD oleh SME Bank melibatkan seramai 30 usahawan B40 dengan geran peruntukan sebanyak RM150,000 di Sabah.

“Manakala Program i-TEKAD Bank Rakyat pula, sebanyak RM195,000 telah disalurkan kepada 39 orang usahawan B40 di Sabah,” katanya.

Ewon berkata, program Young Entrepreneurs Strive For Success (YESS) oleh SKM bagi melahirkan usahawan koperasi dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan kolej vokasional yang mana tujuh sekolah di Sabah menyertainya.  

Katanya, seramai 292 usahawan graduan di negeri ini mendapat manfaat daripada Program Latihan Intensif Dalam Talian Bagi Usahawan Generasi Baru (N-GENE), Program Latihan Kerjaya dan Keusahawanan bagi Graduan TVET (GRACE) dan Program Usahawan Perantis (SPACE).

“KUSKOP juga akan memulakan Projek Tamu Desa bertujuan membina kemudahan ruang niaga serta infrastruktur keusahawanan di luar bandar di Sabah dan Sarawak pada tahun ini melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM19 juta,” katanya.

Ewon menyatakan demikian di Dewan Rakyat hari ini semasa menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee.

Ronald sebelum itu bertanya mengenai inisiatif proaktif KUSKOP untuk meningkatkan keberdayaan usahawan khususnya golongan B40 dan usahawan muda di kawasan pedalaman dan luar bandar Sabah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.155539 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list