CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15052|Reply: 0

[Sabah] Cubaan seludup masuk kosmetik bernilai lebih RM300,000 gagal

[Copy link]
Post time 1-3-2024 06:01 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Semua barang kosmetik yang dirampas dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

SEMPORNA: Cubaan menyeludup masuk pelbagai barang kosmetik bernilai RM320,540 gagal selepas kegiatan itu dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) di laut Kampung Kuala Bibang, di sini, semalam.

Semua barangan berkenaan dirampas selepas anggota PPM Semporna berjaya mengesan pergerakan dua bot dalam keadaan mencurigakan di lokasi berkenaan pada jam 8.30 malam.  

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, kejayaan rampasan itu adalah hasil risikan dan maklumat awam yang diterima.
Katanya, kedua-dua bot terbabit bertindak nekad memecut melarikan diri apabila cuba dihampiri anggota PPM untuk pemeriksaan.

“Ketika mengejar hampir 20 minit, kelihatan suspek bertindak membuang beberapa barangan daripada bot lalu memecut laju dan menghilangkan diri.

“Usaha mengejar yang dilakukan tidak berhasil kerana keadaan yang gelap,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad berkata, seterusnya tindakan mencari dan mengesan barangan yang dibuang menemukan sebanyak 10 kotak besar yang berisi barangan kosmetik.

“Pasukan operasi kemudian membuat pemeriksaan lanjut di kawasan paya bakau Kampung Kuala Bibang dan menemukan dua bot yang diikat di pokok bakau.

“Hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua bot itu menemukan muatan 70 kotak besar berisi barangan kosmetik,” katanya.

Menurutnya, nilai semua barangan kosmetik yang dipercayai diseludup dari negara jiran itu berjumlah RM320,540.

“Semua rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut dan kes dirujuk ke Jabatan Farmasi Tawau dan disiasat mengikut Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.076174 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list