CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8427|Reply: 0

[Pulau Pinang] Etnik Rohingya dalangi sindiket kad UNHCR palsu

[Copy link]
Post time 1-3-2024 02:44 PM | Show all posts |Read mode
Etnik Rohingya dalangi sindiket kad UNHCR palsu

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
01 Mac 2024 01:56pm








Foto hiasan/AFP. Gambar kecil: Mohamed Usuf




GEORGE TOWN - Polis menumpaskan sindiket pemalsuan kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan dokumen lain yang didalangi etnik Rohingya melibatkan keuntungan ratusan ribu ringgit setiap bulan.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, sindiket tersebut turut menyediakan perkhidmatan lain kepada rakan senegara mereka.



Menurutnya, sindiket yang aktif sejak dua tahun lalu itu memberi perkhidmatan kepada etnik Rohingya di kawasan utara khususnya Pulau Pinang dan Perlis.

"Polis melakukan 16 serbuan di negeri ini iaitu Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara dan Arau, Perlis sejak 14 Februari lalu. Daripada serbuan itu, kita berjaya menahan 14 orang iaitu tiga warga tempatan dan 13 warga Myanmar berusia lingkungan 18 hingga 63 tahun.



"Daripada jumlah tangkapan itu, empat adalah wanita iaitu seorang warga tempatan dan tiga lagi warga Myanmar.

"Antara yang ditahan ialah dalangnya, seorang lelaki Rohingya berusia 63 tahun. Dia didapati tinggal di sini sejak 10 tahun yang lalu," katanya pada sidang akhbar di Ibupejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada Jumaat.

Mohamed Usuf berkata, lelaki berkenaan mengaku telah menjual 700 keping kad UNHCR kepada rakan senegaranya sejak setahun lalu.
"Suspek mengaku menjual kad tersebut dengan harga RM1,000 setiap satu. Sindiket ini mampu memperoleh keuntungan sebanyak RM700,000 hanya dengan menjual kad UNHCR sahaja.

"Daripada siasatan, sindiket ini mengenakan bayaran antara RM150 hingga RM1,000 bagi setiap perkhidmatan, bergantung kepada perkhidmatan yang diberikan,” katanya.

Tambah beliau, sebahagian daripada warga asing lain yang ditahan didapati berada di sini sejak lebih 35 tahun lalu.




"Dalang sindiket tersebut mempunyai rumah di Bukit Mertajam tetapi menyewa sebuah flat di Butterworth untuk menjalankan kegiatan haram mereka.

"Polis sedang mencari seorang wanita dikenali sebagai Sara Moghul Hussin berusia 50-an dengan alamat terakhir di Bukit Mertajam untuk membantu siasatan," kata Mohamed Usuf.

Tambah beliau, susulan daripada serbuan itu, polis berjaya merampas pelbagai jenis peralatan yang digunakan untuk membuat kad dan dokumen palsu, 20 kad terdiri daripada 10 kad UNHCR, dua I-Kad, dua kad Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan enam kad Republic Union of Myanmar yang kesemuanya dipercayai palsu.

"Turut dirampas ialah 13 pasport warga Myanmar, 37 keping sijil pendaftaran kenderaan,180 salinan sijil pendaftaran kenderaan, lapan pas lawatan kerja sementara, empat lesen memandu Malaysia yang kesemuanya dipercayai palsu.

"Kita juga merampas tiga buah kereta dan lapan motosikal. Dua daripada 14 orang yang ditahan iaitu warga tempatan mempunyai 477 kenderaan dengan 247 daripadanya didaftarkan atas nama mereka. Kenderaan itu dipercayai diberikan kepada warga asing untuk digunakan dengan bayaran tertentu,” katanya.

Jelas beliau, salah seorang daripada mereka yang ditahan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

"Kesemua mereka ditahan reman selama 28 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) mulai 15 Februari untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

"Polis menggesa orang ramai untuk tampil melaporkan sebarang aktiviti penyeludupan migran atau pemalsuan dokumen kepada kami,"katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.171740 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list