CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28980|Reply: 7

[DRAMA MELAYU] TAKDIR ITU MILIK AKU - SHAHEIZY SAM & EMMA MAEMBONG

[Copy link]
Post time 1-3-2024 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Drama Takdir Itu Milik Aku


Saksikan drama adaptasi novel Takdir Itu Milik Aku karya Siti Rosmizah bersiaran mulai 26 Februari 2024, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria atau strim melalui Astro GO. Drama bersiri 40 episod terbitan SR One Sdn Bhd dan diarahkan oleh Feroz Kader. Menampil Shaheizy Sam dan Emma Maembong sebagai pelakon utama.

Takdir Itu Milik Aku

Episod: 40

Tarikh Tayangan: 26 Februari 2024

Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam

Rangkaian: Astro Ria, Astro GO

Penulis Novel: Siti Rosmizah

Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hassan

Pengarah: Feroz Kader

Produksi: SR One Sdn Bhd

Watak Pelakon

Emma Maembong sebagai Dian Zara

Shaheizy Sam sebagai Zarif Adha

Liza Abdullah sebagai Datin Munirah

Jasmin Hamid sebagai Kamsiah

Fauziah Nawi sebagai Nek Tuk Hasnah

Mustaqim Bahadon sebagai Arman

Mak Engku Fridah sebagai Nek Wan Hamimah

Nasz Sally sebagai Maryam

Riz Amin sebagai Rahman

Sharifah Husna sebagai Azura

Duerra Mitilda sebagai Elina

Shakilla Khoriri sebagai Adira

Mahmud Alibashah sebagai Dato Salleh

Rayyan Mikail sebagai Mohd Adif

Radhi khalid sebagai Dollah Kutty

Lagu Tema (OST)



Lagu: Takdir Itu Milik Aku

Penyanyi: Liza Hanim

Lirik: Siti Rosmizah

Komposer: Afif Tirmizie, Ejai Aziz & Kelana

Lagu: Dugaan Takdir Cinta

Penyanyi: Nikki Pilikat & Alif Tirmizi

Lirik: Siti Rosmizah

Komposer: Ejai Aziz & Kelana

Sinopsis Takdir Itu Milik Aku

Dian, seorang gadis muda yang terpinggir, merasakan kehidupannya diceroboh oleh kekejaman emak saudaranya, Kamsiah. Impiannya untuk mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi musnah ditengah jalan apabila dia dipaksa menjadi orang gaji. Namun, takdir membawa dia bertemu dengan Zarif Adha, cucu majikan yang berpura-pura baik. Janji-janji manisnya hanya satu dusta semata-mata.

Zarif Adha, yang hidup dalam kemewahan dan keangkuhan, tidak teragak-agak mempermainkan Dian untuk kepentingan dirinya sendiri. Datin Munirah, pula, dengan ketamakannya, mengorbankan Dian demi memenuhi hasratnya untuk menguasai harta keluarga. Pertanyaan yang menggantung: Adakah Dian terus menderita atau mampukah dia berdiri tegak menentukan takdirnya sendiri?

Sinopsis Novel Takdir Itu Milik Aku

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.

Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.

Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?

Takdir Itu Milik Aku

Sumber : myinfotaip.com

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2024 02:45 PM | Show all posts
emma tu ok la utk watak dian, tp heronyer alahaii... mcm xde hero lain kt mesia ni eh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2024 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
dealova04 replied at 1-3-2024 02:45 PM
emma tu ok la utk watak dian, tp heronyer alahaii... mcm xde hero lain kt mesia ni eh

Tu lah... Mcm tak der hero lain.. Tapi nasib baik tak amik syukri yahaya
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 04:35 PM | Show all posts
ok gak dh lama tk tgk sam belakon drama.. terus aku start tgk smlm.. lama tk tgk drama melayu.. tp sbb aku baca novel ni jd teringin juga nk tgk... harap2 best! lakonan ema menjadi so far..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 05:15 PM | Show all posts
boleh tahan best jugak lakonan emma dalam cite ni. Sam pun okay
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2024 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuba tgok juga. Okay la jalan cerita dia, Sam berlakon pun okay mmg sesuai watak dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2024 05:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Lama nak tunggu Dian balas dendam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2024 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
mas999 replied at 5-4-2024 05:28 AM
Lama nak tunggu Dian balas dendam

Dian akan balas dendam ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.084678 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list