CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10200|Reply: 0

[Selangor] Cuaca panas melebihi 35 darjah Celsius di utara Semenanjung, minggu ini

[Copy link]
Post time 29-2-2024 04:59 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca kering dan panas di beberapa tempat dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius terutamanya di utara Semenanjung dan Sabah, minggu ini.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, hujan berserta ribut petir berpotensi berlaku mulai hujung minggu ini di beberapa tempat di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung.

“Keadaan ini boleh meredakan cuaca panas di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook.

Dalam pada itu, berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di Sarawak.

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang di kawasan tersebut terutama pada sebelah petang dan boleh berlarutan hingga ke awal pagi,” jelasnya.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... nanjung-minggu-ini/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.358940 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list