CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9041|Reply: 0

[Johor] Pengusaha cuci kereta lega terlepas tali gantung edar dadah

[Copy link]
Post time 29-2-2024 04:42 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMAD FAEZ terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi Johor Bahru melepas dan membebaskannya daripada tiga pertuduhan mengedar dan memiliki pelbagai jenis dadah, empat tahun lalu. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seorang pengusaha pusat cuci kereta menarik nafas lega apabila terlepas hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dan memiliki pelbagai jenis dadah, empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Noor Hayati Mat membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Mohamad Faez Moktar, 33, di akhir kes pendakwaan.

Noor Hayati dalam penghakimannya berkata, elemen milikan dengan pengetahuan terhadap dadah yang terbabit gagal dibuktikan oleh pendakwaan.

“Dalam penilaian saya, rumah di Horizon Hills itu jika pun tertuduh tinggal di sana, ia tidak didiami olehnya seorang diri. Tiada pemerhatian atau pemantauan pernah dibuat untuk membuktikannya ada pergi atau keluar dari rumah di Horizon Hills pada hari serbuan dibuat.

“Oleh kerana dadah dijumpai di rumah di Horizon Hills dan kunci dikatakan dirampas dari tertuduh ketika di Ramada Hotel, maka keterangan bukti mengenai kunci ini akan membentuk naratif kes pendakwaan yang penting untuk mengaitkannya dengan rumah di Horizon Hills itu.

“Kekurangan dalam cara ia dikemukakan telah menjejaskan kes pendakwaan. Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengedar dadah kanabis seberat 2,450 gram (g) manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengedar dadah methamphetamine seberat 338.59g, sementara ketiga, memiliki racun jenis etizolam seberat 1.97g.

Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Pinggiran 2, Horizon Hills, Iskandar Puteri di sini, kira-kira 4.30 petang, 30 Disember 2020.- KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... gantung-edar-dadah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.562569 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list