CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3458|Reply: 0

[Selangor] Porsche terbabas, terbakar elak motosikal

[Copy link]
Post time 29-2-2024 02:57 PM | Show all posts |Read mode

KERETA mewah Porsche yang terbakar selepas terbabas ketika cuba mengelak motosikal. FOTO tular

Gombak: Sebuah kereta mewah Porsche Panamera 4S terbakar selepas dipercayai terbabas ketika cuba mengelak sebuah motosikal di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohd Nasir berkata, kenderaan dipandu lelaki tempatan berusia 42 tahun itu terbabas sejurus tiba di susur ke Greenwood ketika cuba mengelak sebuah motosikal yang keluar secara melulu.

"Hasil siasatan mendapati pemandu kereta dalam perjalanan dari Bukit Idaman menghala ke Wangsa Maju cuba mengelak sebuah motosikal yang keluar mengejut dari arah Lebuh Utama Sri Gombak.

"Insiden itu mengakibatkan pemandu kereta hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbakar," katanya dalam kenyataan hari ini.



Menurutnya, pemandu kereta sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan bagaimanapun penunggang motosikal terus berlalu pergi.

Katanya, nombor pendaftaran motosikal berkenaan belum dikenal pasti dan polis berusaha mengesan penunggang terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan diminta berhubung dengan Penolong Pegawai Penyiasat Trafik,Sarjan Mohd Azlan Shaifullah Mohd Azhar di talian 019-67 48511.

"Saksi kejadian juga boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-6126 2222," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... akar-elak-motosikal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.060907 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list