CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3874|Reply: 0

[Selangor] 2 tahun hilang, ibu rayu anak pulang

  [Copy link]
Post time 29-2-2024 02:30 PM | Show all posts |Read mode

Kim Huat (kanan) memegang gambar anaknya, Kai Man, ketika ditemui di sidang akhbar berkenaan dua kes mangsa sindiket pemerdagangan manusia di luar negara bertempat di Uncle Lim's Cafe, di sini hari ini.

PETALING JAYA – Seorang ibu merayu agar anak lelakinya kembali semula ke pangkuan keluarga selepas tidak dapat dihubungi sejak dua tahun lalu.

Menurut Tan Kim Huat, 50, dia telah terputus hubungan dengan anaknya, Fu Kai Man, 25, yang bekerja sebagai seorang pegawai perkhidmatan pelanggan di Filipina.

“Tujuh tahun lalu, anak saya telah mendapat pekerjaan di sebuah kasino. Namun, pada tahun 2021, dia tidak boleh dihubungi.

“Pada awalnya, anak saya ada pulang ke Malaysia tetapi sejak dua tahun lalu, anak saya terus hilang dan tidak dapat dikesan.

“Sehingga kini, saya tidak tahu apa yang berlaku kepada anak saya,” luahnya.

Kim Huat berkata demikian ketika ditemui pemberita di sidang akhbar berkenaan dua kes mangsa sindiket pemerdagangan manusia di luar negara bertempat di Uncle Lim’s Cafe, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua PKR Segambut, Deric Teh dan Pegawai Perhubungan Awam Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Daniel Khoo.

Menurut Kim Huat, usai kehilangan anaknya, dia ada meminta bantuan beberapa orang kenalan anaknya di Filipina.

“Bagaimanapun, semua minta maaf pada saya dan berkata mereka tidak tahu anak saya pergi ke mana.

“Anak saya selalu tukar nombor telefon. Jadi kami berhubung melalui Instagram dan Facebook.

“Pada awalnya, anak saya cakap kerjanya baik dan gaji lumayan. Bagaimanapun, dia mengakui ada hutang judi dengan majikan,” katanya.

Kim Huat berkata, anaknya berjanji akan melunaskan hutang tersebut dan akan bekerja dengan lebih keras.

“Namun, selepas itu dia (anak) tukar kerja tetapi masih kerja kasino, pada waktu itulah saya terus tidak dapat hubungi anak.

“Saya risau, saya tidak tahu anak dalam bahaya atau tidak. Banyak kali saya datang ke Kuala Lumpur dari Johor untuk uruskan perkara ini.

“Saya mohon kepada sesiapa yang mengenali anak, Kai Man, saya untuk tampil. Saya sangat rindukan anak saya, mintalah dia pulang ke pangkuan keluarga,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... u-rayu-anak-pulang/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.079119 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list