CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1939|Reply: 0

Nak masuk setahun kahwin, Janna Nick stres belum hamil

[Copy link]
Post time 29-2-2024 01:48 PM | Show all posts |Read mode
Nak masuk setahun kahwin, Janna Nick stres belum hamil

https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -stres-belum-hamil/

Oleh NUR EMIRA SAIZALI
29 Februari 2024, 1:30 pm



PETALING JAYA – Pelakon Janna Nick sedih apabila hasratnya untuk menimang cahaya mata belum kesampaian selepas membuat ujian kehamilan baru-baru ini.

Janna atau Nurul Jannah Muner, 29, berkata, dia sudah melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan zuriat, namun perlu menerima hakikat bahawa dirinya belum diberi kesempatan untuk hamil.

“Terjaga dari tidur pada pukul 4 pagi dan saya lakukan ujian kehamilan. Buat ujian itu ketika suami tidur, jadi dia tak nampak saya stres.

“Rasa gementar setiap kali nak lihat keputusan kerana mengharapkan dapat dua garis, jadi boleh buat kejutan kepada Dini.

“Baru nampak keputusan (satu garisan) terus rasa pelik sebab sudah cuba pelbagai cara. Kena paksa diri untuk terima hakikat bahawa belum ada rezeki,” katanya dalam sebuah video.

Pelakon filem Pasal Kau itu berkongsi perkara tersebut ketika menjawab soalan daripada pengikutnya yang menyangka dia sedang berbadan dua.

Dalam pada itu, demi memastikan impian untuk hamil tertunai, dia juga sanggup tidak melakukan aktiviti kegemarannya seperti yoga, senaman berat dan sauna selain mengambil beberapa produk makanan kesihatan.

“Saya sudah masuk fasa psiko! Jawapan bagi soalan berisi ialah kerana tidak aktif bergerak sebab takut tak ‘lekat’.

“Korban segala aktiviti yang saya suka macam yoga, sauna, senaman berat, kerja berlebihan sebab nak membolehkan badan saya berehat.

“Saya juga makan segala jenis suplemen sehingga muka naik jerawat besar. Mula ‘psiko’ apabila setiap bulan semua benda saya rasa seperti simptom mengandung,” katanya lagi.

Dia bagaimanapun sedar bahawa proses kehamilan bukan mudah dan berdoa agar semua wanita yang sedang berjuang mendapatkan cahaya mata tidak berputus asa serta diberikan kekuatan.

“Tolong ambil perhatian, proses kehamilan tidak mudah. Saya faham dan terima takdir kerana ada orang lain menunggu lebih lama.

“Saya berdoa agar semua yang sama-sama berjuang serta menanti akan dapat bayi yang comel,” ujarnya.

Untuk rekod, Janna dan Dini atau Dini Schatzmann, 30, mendirikan rumah tangga
di Langkawi, Kedah pada 10 Jun 2023.

Janna pernah memberitahu kepada media dia terbuka untuk memiliki zuriat sekiranya diberikan rezeki awal.

Dia juga sebelum ini pernah meraih kecaman kerana melahirkan hasrat untuk memiliki zuriat berzodiak Libra yang dilahirkan antara 23 September sehingga 22 Oktober. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.066236 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list