CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4647|Reply: 0

[Selangor] Kanak-kanak autistik lemas: Bapa mangsa diambil keterangan

[Copy link]
Post time 29-2-2024 01:25 PM | Show all posts |Read mode

KANAK-KANAK autistik yang ditemukan lemas di tasik di Sea Park. FOTO Ihsan Pembaca

Petaling Jaya: Polis akan mengambil keterangan bapa kepada kanak-kanak autistik yang ditemukan lemas di tasik di Sea Park di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, dua saksi yang menemukan mangsa sudah di ambil keterangan.

"Bapa mangsa akan diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas pengabaian dan kecuaian oleh penjaga.

"Siasatan semua aspek akan dijalankan, doktor mengklasifikasikan punca kematian mangsa adalah mati lemas," katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, hari ini.



Semalam, Shahrulnizam dilaporkan berkata, polis menerima aduan berhubung kehilangan mangsa pada 6.30 petang semalam daripada seorang lelaki tempatan yang juga bapa mangsa.

"Pengadu memaklumkan anak lelakinya berusia lima tahun yang juga pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) autisme disedari hilang ketika bermain dengan kembarnya di sebuah taman tasik rekreasi kira-kira 3.30 petang.

"Lelaki itu memberitahu dia tertidur ketika sedang memerhatikan pasangan kembar itu bermain di sekitar kawasan taman tasik rekreasi terbabit. Dia cuba mencari anaknya di sekitar kawasan tasik terbabit namun gagal menjumpainya," katanya.

Kira-kira 6.50 petang, pengadu menerima panggilan daripada orang awam yang menjumpai anaknya dalam keadaan terapung di permukaan tasik, kira-kira empat meter dari tebing tasik.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -diambil-keterangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.070398 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list