CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5306|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Sanggup jual harta pastikan kelas mengaji dalam bas terus beroperasi

[Copy link]
Post time 29-2-2024 11:05 AM | Show all posts |Read mode

SEBAHAGIAN kanak-kanak yang belajar mengaji di pusat pengajian al-Quran perdi dalam bas lama. FOTO Azrul Edham

Rembau: Sekumpulan anak muda di Taman Seri Rembau, di sini, muncul dengan idea kreatif apabila mengubahsuai bas lama menjadi kelas mengaji al-Quran.

Lebih mengharukan, 13 individu ini sanggup bergolak gadai harta sendiri demi memastikan kelas pengajian itu terus beroperasi selepas ia diwujudkan tujuh tahun lalu.

Ternyata usaha kumpulan pemuda yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Rembau Awesome' itu membuahkan hasil apabila kini menerima 167 pelajar termasuk 35 dewasa.

Ketua kumpulan itu, Muhammad Allif Ibrahim, 33, berkata, mereka mendapat dana daripada sumbangan orang ramai, badan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan serta bayaran yuran minimum daripada pelajar berkemampuan.



"Bagaimanapun, kami memerlukan dana kira-kira RM6,000 sebulan bagi operasi kelas pengajian ini termasuk membayar elaun enam tenaga pengajar. Dengan pendapatan sederhana ahli kumpulan, ia agak mencabar.

"Namun ia bukan alasan untuk kami berhenti menabur bakti kepada agama dan masyarakat walaupun faktor kewangan menjadi kekangan," katanya ketika ditemui.

Justeru itu, Muhammad Allif berkata, mereka amat mengharapkan sumbangan daripada orang ramai bagi meneruskan operasi pusat pengajian al-Quran terbabit.

"Ini kerana sebahagian pelajar adalah anak asnaf, anak yatim dan miskin. Jadi, kami akan cari ikthiar walau terpaksa bergolok bergadai dengan menjual harta yang ada," katanya.

Menceritakan permulaan penubuhan kelas pengajian itu, Muhammad Allif berkata, mereka membeli bas lama pada 2017 dengan harga RM5,000.

"Kelas mengaji dibuka pada hari Isnin hingga Khamis membabitkan tiga sesi iaitu pada jam 5 petang hingga 6.30 petang dan 8 malam hingga 9.30 malam untuk kanak-kanak serta remaja manakala dewasa pada 9 malam hingga 11 malam.

"Walaupun ada antara kami yang terpaksa menggadai dan menjual harta benda, namun sangat gembira dan puas kerana ramai yang sudah pandai membaca al-Quran dengan lancar," jelasnya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... as-terus-beroperasi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.165363 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list