View: 10391|Reply: 11
|
‘Terima Kasih Bekas Suami Datang Melawat Anak-Anak Baru Lepas Sunat’ – Tom
[Copy link]
|
|
Penyanyi, Tom mengucapkan terima kasih kepada bekas suaminya yang dikenali sebagai Junk kerana sudi datang menziarahi anak mereka iaitu Adler dan Evas yang baru sahaja berkhatan.
Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzan Raja Ikram, 38, berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story) miliknya, baru-baru ini.
Dalam perkongsian itu, bekas suami Tom dilihat duduk di atas sofa bersama dua orang anak mereka yang sedang mengenakan kain pelekat.
"Bekas suami dan isteri datang rumah, melawat anak-anak dia, Adler dan Evans yang baru lepas sunat. Terima kasih Junk (panggilan bekas suami) dan isteri datang menziarah."
Dalam perkongsian sama, turut kelihatan seorang wanita dipercayai isteri kepada Junk.
Imbas kembali, Tom pernah berkahwin sebanyak dua kali dan dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan terdahulu. Dia kemudian mendirikan rumah tangga kali ketiga dengan penyanyi, Fuad Rahman pada 26 Februari 2023 di Batam, Indonesia.
Tom dan Fuad selamat menimang cahaya mata pertama hasil perkahwinan mereka pada 18 Februari lalu. Mereka juga sepakat memberikan nama Anggun kepada bayi perempuan itu.
Sementara itu, Fuad juga pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.
Sumber: Instagram Tom/OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
Baru nak tanya tom dah beranak belum. Dah beranak rupanya. Tahniahla tom dan fuad |
|
|
|
|
|
|
|
rayna_raynes replied at 28-2-2024 11:08 PM
Baru nak tanya tom dah beranak belum. Dah beranak rupanya. Tahniahla tom dan fuad
dh beranak
hosp gov
pakai bulu mata
live atas katil pas beranak
heheheh
tahniah tomtombak |
|
|
|
|
|
|
|
Anggun kan nama ank gegirl sheol? Ni bekas laki yg mana satu? Yg tom sondol laki kwn baik ke dulu?tom lepas kwen dgn poad ni nmpk happy n murah rejeki…aritu poad ade habaq mak nyah or pompuan gatel jgn kacau heol …gittew… hope nyanyian tom lps ni xyah nk buat muke tahan verak lg…cringe sgt nengok… |
|
|
|
|
|
|
|
Klu apa yg Di portray kan Kat socmed, Tom ni memang nmpk sayangkan anak2 dia wlupon perangai dia nauzubillah… yg tu jer aku puji… |
|
|
|
|
|
|
|
Ank pompuan..yg ditunggu2 |
|
|
|
|
|
|
|
Nama anak lelaki tak menahan |
|
|
|
|
|
|
|
masih ok.. dari puteri, putera, padahal tak ada keturunan raja pun..
keluarga miskin papa kedana
|
|
|
|
|
|
|
|
becir replied at 28-2-2024 04:40 PM
Nama anak lelaki tak menahan
Baca artikel sekali lalu...
Tiber baca komen uols ni, terus scroll balik atas...
|
|
|
|
|
|
|
|
mengadalah nak Junk2...Jang sudeyhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Kalu x silap.. nama tom yg sebenar raja farah...yup nampak dia bahagia kali ni... selama follow FB dia... mmg dia mak yg sgt bertanggungjawap pada anak2 dia...walaupun dia mcm tu... semoga fuad n tom bahagia ke jannah n fuad mampu bimbing family diorg ke arah lebih baik...cuma bab tatu tu semua .. no komen lah... masing2 ada zaman jahiliah.. zaman jahat.. zaman liar... |
|
|
|
|
|
|
| |
|