CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2145|Reply: 0

[Sabah] Selesaikan bekalan air kotor di Taman Utara Gudon

[Copy link]
Post time 28-2-2024 06:42 PM | Show all posts |Read mode


ADUAN: Chin (kiri) bersama-sama seorang pengadu dari Taman Utara Gudon menunjukkan bekalan air kotor yang terpaksa digunakan penduduk di kawasan itu.

KOTA KINABALU: Pihak jabatan berkaitan diminta menyelesaikan segera masalah bekalan air ke Taman Utara Gudon.

Ketua Biro Aduan Awam Pusat Parti Liberal Demokratik (LDP), Chin Vun Pheaw berkata, bekalan air yang diterima penduduk berkenaan adalah kotor dan berlumpur, sekali gus mampu menjejaskan kesihatan penduduk.

Katanya, beliau menerima pelbagai aduan mengenai bekalan air yang kotor dan berbau daripada penduduk taman berkenaan di Sepanggar sejak September tahun lepas.

Katanya, walaupun pihak berwajib telah melakukan kerja-kerja pembaikan pada awal Januari ini, tetapi penduduk di taman terbabit masih bimbang dengan kualiti bekalan air yang diterima.

"Terdapat penduduk mengadu menderita akibat sakit perut dan terdapat dalam kalangan pesakit ini terpaksa dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

"Kerajaan melalui jabatan berkaitan perlu mengambil aduan ini secara serius dan melakukan siasatan yang lebih teliti terhadap kualiti bekalan air," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, sebarang maklumat mengenai isu terbabit perlu diumumkan kepada orang awam.

Menurutnya, tindakan segera perlu diambil bagi memastikan penduduk di taman terbabit dibekalkan dengan bekalan air yang bersih dan selamat.

"Jabatan berkenaan juga perlu mewujudkan sesi dialog dengan penduduk secepat mungkin dan memberikan mereka tindakan penyelesaian secara tuntas.

"Ketelusan dan komunikasi adalah langkah pertama ke arah menyelesaikan masalah ini.

"Wujudkan kepercayaan diantara penduduk dengan jabatan berkaitan agar bersama-sama mampu menyelesaikan isu ini," katanya.

Chin berkata, kerajaan juga perlu mempunyai sistem pemantauan yang berkesan untuk memberikan jaminan jabatan berkenaan melaksanakan tugas mereka dengan baik dengan membekalkan air berkualiti serta selamat untuk diminum.

Katanya, LDP akan terus membuat tindakan susulan mengenai isu itu sehinggalah kerajaan berjaya menyelesaikan masalah berkenaan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.200213 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list