CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1709|Reply: 0

[Sabah] Titah Agong mengenai MA63, beri isyarat jelas kepada kerajaan

[Copy link]
Post time 28-2-2024 06:38 PM | Show all posts |Read mode


ROBERT

KOTA KINABALU: Titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 yang menyentuh mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) disifatkan isyarat jelas untuk Kerajaan Persekutuan melihat perkara itu dengan teliti.

Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Robert Tawik (gambar) berkata, titah Yang Di-Pertuan Agong secara tidak langsung memberi ingatan kepada semua Ahli Dewan Rakyat, khususnya pentadbiran tertinggi Kerajaan Persekutuan untuk serius memuktamadkan MA63.

“Penting bagi pentadbiran Kerajaan Persekutuan untuk terus melihat langkah penyelesaian MA63 dengan tuntas sesuai dengan titah Seri Paduka Baginda yang berpuas hati dengan perkara itu.

"Bermakna, tiada lagi karenah yang boleh menghalang ke arah merealisasikan MA63 kepada rakyat Sabah dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Dalam pada itu, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor menegaskan, semua Ahli Dewan Rakyat daripada Sabah dan Sarawak perlu senada membahas perkara-perkara yang berkaitan dengan MA63 dalam sidang Parlimen kali ini tanpa mengira ideologi politik.

Katanya, pentas perbahasan di Parlimen adalah landasan terbaik untuk semua wakil rakyat dari kedua-dua wilayah itu untuk mengeluarkan segala idea bernas agar ianya dapat dimetrai segera demi kelangsungan pembangunan rakyat di Sabah dan Sarawak.

Robert berkata, beliau menjunjung kasih atas titah Seri Paduka Baginda mengenai MA63 untuk memacu negeri Sabah dan Sarawak bersama Persekutuan ke arah lebih baik sama ada dalam soal politik, ekonomi mahupun perpaduan.

Terdahulu Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa berpuas hati dengan langkah-langkah yang dilaksanakan kerajaan dalam penyelesaian perkara-perkara yang berkaitan MA63 dan berharap perjanjian yang dimeterai dapat dimanfaatkan oleh semua pihak berkepentingan dalam memenuhi hasrat dan aspirasi demi kemakmuran bersama.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.157250 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list